Saya menceburi bidang
bisnes katering hampir lapan tahun. Selepas katering Tahun Baharu Cina dan Hari
Raya Aidilfitri 2013, pesanan katering perlahan. Ada dalam satu tempoh masa,
dalam sebulan hanya satu sesi katering yang diperoleh.
Lantaran itu, isteri
saya yang memahami kadar belanja dan perkara yang perlu dibayar menjadi risau.
Pada suatu ketika dia termenung, sedang saya menulis di depan laptop. Saya
menggamit sang isteri datang mendekat.
Saya tersenyum lalu
bertanya, “Apa hal? Monyok sahaja.”
Dia menjawab lirih, “Risaulah,
abang. Katering kita kurang sekarang ini.”
Sambil mengelus
rambutnya saya berkata, “Jangan risau. Insya-Allah, rezeki kita ada. Memang
abang akui terasa juga peritnya. Rezeki bukan manusia bagi, semua dari Allah.
Kita sudah berusaha, fasa berikutnya berdoa, bertawakal dan bersangka baik
dengan Allah. Dia Tuhan kita, dia takkan berikan cubaan, jika ada, untuk kita
hamba-Nya andai kita tidak boleh bawa.”
“Tapi ... belanja
bulanan kita banyak, bang. Bayar kereta, rumah, hutang bank lain. Belum
termasuk bil dan yuran sekolah anak-anak.”
“Allah! Memanglah
begitu. Jangan difikir sangat. Belanja setakat boleh. Kalau tak boleh, beritahu
bank bahawa bukannya kita tak mahu bayar. Kalau ada duit, kita bayar. Tapi
kalau tak ada duit, mahu bayar dengan apa? Bulu hidung?”
Ayat terakhir itu
membuat sang isteri tersenyum. Kemudian dia berkata, “Bulu hidung pun tak tentu
cukup, bang.”
“Si, ingat yang orang
lain lagi teruk. Kita sudah kecapi kesenangan. Rezeki mudah, dan Allah
anugerahkan kita sihat dan anak-anak baik belaka. Apa lagi yang kita perlu
mengeluh? Bersangka baik dengan Allah. Insya-Allah, Dia Maha Tahu.”
“Betullah, bang.
Pendapatan kita beberapa tahun dahulu memang okey, mencecah RM xxx. Orang lain
tak dapat seperti yang kita ada.” Isteri saya sudah mula tersenyum.
Saya menambah, “Tahu
pun! Kita teruskan usaha. Si sudah tahu banyak hal dalam urusan bisnes katering
ini. Berkat kesabaran Si, abang sudah serahkan 99 peratus urusan bisnes kepada
Si. Peranan abang sekadar siapkan sebut harga dan sediakan invois. Urusan lain
awak sudah cekap. Bersyukurlah, sayang.”
“Abang tulis buku
banyak-banyak, ya.”
Saya menjawab, “Ingat
senangkah mahu tulis buku?”
Dia menguntum senyum,
sebelum sang anak mengacau perbualan kami berdua.
@@@@@@@
Sang
anak yang pernah bertanya, "Abah, boleh bagi Nabil buku Perang Uhud
ini?" dan yang tekun membelek buku Armagedon 2012 memperoleh 1A 4B dalam
peperiksaan UPSR 2013. Alhamdulillah.
Sering saya nyatakan, bukan 40A hasrat sang ayah ini. Biarlah dia mengerti yang Islam dan iman itu mesti dijaga. Itu sudah cukup, walaupun mamanya menangis sambil berkata, "Patutnya dia boleh dapat 5A, tapi agak leka semasa belajar. Banyak main."
Sering saya nyatakan, bukan 40A hasrat sang ayah ini. Biarlah dia mengerti yang Islam dan iman itu mesti dijaga. Itu sudah cukup, walaupun mamanya menangis sambil berkata, "Patutnya dia boleh dapat 5A, tapi agak leka semasa belajar. Banyak main."
Saya memujuk,
"Sabar, Si. Okey dengan keputusan itu. Syukur.”
Memang
lelaki dan wanita tidak serupa.
Kata
seorang teman, “Ada anak-anak yang 'late bloomer’, lambat cemerlang. UPSR masih
pusingan pertama. Tiada masalah kalau tak skor.”
Saya
mengulas selanjutnya, "Apabila melihat anak saya itu, terpancar arca diri ini. Saya
juga late bloomer. Namun doa tetap mengiringinya. Semasa bersekolah
rendah, keputusan Penilaian Darjah 6 saya tak bagus mana. Bahasa Inggeris
hampeh tak tahu. Namun late bloomer ini kembang di kemudian hari. Lelaki dan
perempuan takkan sama."
"Sungguhpun
kami sama-sama membesar di persekitaran dan pendidikan yang sama, akhirnya kami
memperoleh kejayaan pangkat atau gelaran datuk yang mempunyai erti yang
berbeza. Bukankah sesungguhnya itu menandakan, dalam maraton kehidupan ini,
kita sebenarnya
bukan berlumba dengan orang lain, sebaliknya dengan diri sendiri. Kejayaan kita
tidak akan sama dengan orang lain. Walaupun memperoleh kejayaan yang sama, rasa
indahnya tentu sekali berbeza." -- Tuan Eyman Hykal (Penulis buku Maaf Cakap)
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment