Hijrah di tahun baharu 2014 Masihi



Khas untuk saya sendiri, dan sahabat tersayang. Bukan mengajar, tetapi saling mengingat, justeru itulah teman. Hijrah di tahun baharu Masihi, bukan terus bersenandung dengan bunga api. Insya-Allah, itu lebih baik untuk kita.

Rasulullah (SAW) berkata, “Tiada hijrah selepas al-Fath (Pembukaan Mekah), tetapi jihad dan niat. Dan apabila kamu dikerah untuk pergi berjuang, maka segeralah menyahutnya!” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kosa kata ‘hijrah’ mengandungi hikmah yang besar, bahkan amat besar. Rahsianya besar sehingga kita sukar untuk menggali dan mengupas keseluruhannya kemudian mengaplikasi dalam hidup sehari-hari. Walaupun demikian, kita diberi akal. Justeru sama-sama kita gunakan sebaiknya.

Jujurnya, sudah lama saya tak raikan tahun baharu Masihi. Hilang rasa untuk raikan. Biasa-biasa sahaja.

Bicara nurani 
Dalam gelita persepsi
Jiwa pernah bersaksi
Hanya Allah, terpatri citra Ilahi
Hijrah menuju akal hakiki
Semoga kekal begitu, abadi.


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger