Biawak hidup di tahun baharu 2014, sanggup?


Apa maksud jahil? Antara lain ialah tak mahu terima teguran, tak mahu belajar, sombong untuk meneliti jejak orang berjaya. Maha besar ialah sombong pada Allah.

Paling terkini ialah menerima sahaja apa orang cakap, putar belit guna media kata ada pihak mahu gulingkan kerajaan BN, dan mat rempit dan minat rempit yang berpoya-poya itu 'orang baik' yang tak timbulkan masalah pada negara. Juga menteri yang menipu, tapi nampak sangat bodohnya atau bangang.

Maksud ‘bangang’? Bangang = bodoh; dungu; tongong; tak ada cita-cita. (Kamus Dewan)

Mari belajar sejarah: "Istilah jahiliah berasal daripada perkataan bahasa Arab, Jahala yang membawa maksud jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Bagi perkataan 'jahil', membawa maksud tidak tahu, manakala jahil murakkab membawa maksud yang lebih tepat iaitu tidak tahu apa-apa atau bodoh sombong."

Jahil berasal dari perkataan Arab yang memberi makna tidak mengetahui, bodoh atau cetek pengetahuan. Murakkab juga adalah perkataan Arab yang memberi maksud berganda. Maka, 'jahil murakkab' memberi maksud jahil yang berganda (maksud dari Kamus Dewan).

Istilah 'Jahil Murakkab' digunakan kepada orang yang jahil / tidak tahu tentang sesuatu perkara dan juga jahil / tidak tahu yang dia dalam kejahilan. Maka, kebiasaannya orang ini tidak akan cuba berusaha untuk memahami dan lebih malang, tidak menerima tunjuk ajar dan nasihat orang lain kepadanya.

Pedih? Pedas? Tergigit cili padi = lada burung = cili api semangkuk? Aku lelaki, bukan perempuan!

Berkaitan: Hijrah di tahun baharu 2014.

Foto di atas: Ia hiasan, tapi sarat makna.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

1 comments:

Anonymous said...

Nama Biawak tu Najib ke ?

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger