Revolusi Beruk



Dalam khayal menatap bait-bait karya, aku terkesima, minda menerawang ke cakerawala milik Yang Maha Esa. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Subhanallah!

Dalam ceritera, sindir dan cubit menerjah jiwa, menampar bahu, mengetuk pintu hati. Ilmu dan jaya itu milik Allah yang dipinjamkan, jadi mengapa sombong? Isu jihad, dan persepsi kehidupan disigung ampuh dalam antalogi menggugah jiwa ini.

Mujahadah mencari redha Allah. Sukar untuk pendekkan kata-kata dalam menilai karya penulis. Sungguh, demi Dia, saya cukup terasa, sebuah rasa berakar dari sudut hati, menyeruak ke deria mata ... alirkan rembesan sedar. Ya Allah!

Antara yang terkesan ialah hasrat Raja Beruk mencipta revolusi sirna kerana manusia bakal menjadi kawanan beruk andai mengikut Darwin, andai nafsu serakah lebih teruk daripada haiwan, andai tidak kenal Yang Maha Mencipta.

Tinta autograf penulis: “Berjuang perlu ada marah, tapi bukan kerana marah.”

Judul buku (kompilasi cerpen): Revolusi
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd. (2014)
ISBN: 978-983-097-458-3
Tebal: 220 muka surat
Harga: RM15.00 (Sem. Malaysia) & RM17 (Sabah / Sarawak)

@@@@@@@

Pabila sang Mufti bersabda
Maka huru haralah mergastua
Kecamuk dalam meniti derita
Menambah luka dengan curahan cuka
Apa ada, hanya mengundang celaka
Amat Halus Allah mencampak murka
Ke wajah penguasa yang bermuka-muka.

Aku tahu aku siapa
Hamba Allah yang sering alpa
Sering lambat, lagi banyak dosa
Justeru mengharap para bijak berbicara;

Namun apabila berfatwa pujangga bersalut harta
Mencari siapa dalam redha?


** Insya-Allah, ikhlas dan Hakcipta Terpelihara 2014 sang fakir di sisi Allah, Web Sutera.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger