"Orang Islam di Kemboja adalah dari keturunan Cham. Ada juga di kalangan mereka berasal dari keturunan Jawa dan Khmer. Justeru budaya setempat, kebanyakan mereka kemudiannya tinggal dan diserap ke dalam komuniti Cham. Itu sebab perbezaan keturunan ini semakin kabur, atau sengaja dikaburkan.
"Dari sisi lain pula, komuniti Cham berasal dari kerajaan Champa, sebuah kerajaan maritim yang sangat masyur pada sekitar kurun ke-7 sehingga kejatuhannya pada tahun 1832. Kerajaan ini berpusat di sebuah wilayah, kini di Vietnam selatan. Seperti kebanyakan kerajaan Melayu lama yang wujud sekitar kurun ke-7, kerajaan Champa yang asalnya menganut agama Hindu-Buddha, bertukar menjadi kerajaan Islam setelah islamnya golongan raja dan bangsawan mereka. Menjadi adat masyarakat di kala itu, apabila pemerintah memeluk Islam, maka secara majoritinya rakyat turut berbuat demikian."
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment