Nabi Muhammad (SAW) bersabda, “Sungguh celaka! Tumit yang menyebabkan masuk ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ulama
Iman Nawawi menulis, “Sabda Nabi ‘... .’, disediakan baginya api neraka disebabkan
tidak membasuhnya. Sekiranya sudah cukup membasuhnya, maka orang yang tidak
leka daripada mengenakan air ke kedua-dua tumitnya tidak diancam.”
Saya
membaca hadis ini dalam waktu beberapa hari lalu. Pada mulanya saya tidak mahu
menulis, namun semakin sehari ke sehari, terasa bagaikan ada benda yang
tersekat. Ia sering terpacul dalam ruang minda. Jadi, saya menukilkan persepsi
sang daif di sisi Allah ini, insya-Allah.
Sesuatu
yang hukum asal adalah sunat, menjadi wajib seandainya ingin melakukan perkara
wajib dalam Islam. Seumpama berwuduk sebelum mendirikan solat.
Dalam
perihal tumit kaki yang terleka daripada terkena air tatkala berwuduk,
Rasulullah (SAW) tidak akan menyebutnya andai kata kita umatnya tidak akan
berbuat begitu. Sebagai Utusan Allah, Baginda melihat di masa hadapan demi
cintanya pada kita, umat akhir zaman.
Jujurnya,
saya berasa takut dan bimbang akan peringatan Baginda itu. Pada hemat saya, ia
bukan sekadar soal berwuduk, bahkan yang terlintas di ruang minda saya ialah
pengamalan kita umat Islam. Kita manusia yang mudah lupa. Namun keterlupaan itu
diberi ingatan oleh Allah melalui Al-Quran dan hadis-hadis Baginda Rasululullah
(SAW).
Saya
juga teringat akan pesan ramai ustaz, yakni agar jangan tersilap dalam soal
ibadah. Solat sunat atau zikir di masjid adalah sunat, tetapi yang wajib ialah
mendengar tazkirah atau tidak lari dari kelas-kelas agama. Atau secara khusus
ialah terus menerus belajar di hadapan para Murabbi, paling tidak pun membaca
buku-buku yang baik.
@@@@@@@
Di hari Jumaat, 29 November 2013, sekitar 3.30pm, saya berada di Rembau, Negeri Sembilan, di Sekolah Tinggi Islam Assofa. Saya dan isteri menghantar seorang putera untuk kelas Tafaqquh Fi Al-Din selama dua malam. Ia sekali gus sebagai sesi temuduga untuk memasuki sekolah menengah Darul Quran Wal Hadith (DaQwaH) sesi 2014, Seremban, Negeri Sembilan.
Sebaik sahaja usai sesi pendaftaran dan kemasukan anak ke
asrama, saya dan isteri ke tempat parkir kereta. Enjin kereta
dihidupkan, kemudian penghawa dingin turut dihidupkan.
Isteri
berkata, "Abang, anak kita masuk fasa kedua hidupnya." Kemudian dia
menangis.
Saya
bertanya, "Mengapa? Rilekslah.”
Masih
dalam esakan, lalu dia menyapu matanya dengan tisu. "Nabil ... terasa baru
seketika menjaganya tatkala bayi. Kini ... sudah sudah besar. Adakah tindakan kita ini betul?'
“Ya Allah! Insya-Allah, ini untuk dia dan diri kita juga.
Usah difikir sangat. Tugas kita sekarang ialah doakan dirinya agar terus
istiqamah dalam kembara ilmu ini. Kita mungkin tidak pandai dalam bidang agama,
jahil dalam ilmu Al-Quran dan hadis. Dia minat, kita buat demi kebaikan
untuknya. Paling utama ialah redha Allah. Insya-Allah, Nabil baik-baik sahaja.
Serahkan pada Allah.”
“Bukan apa, abang ... risau akan dirinya. Bimbang tak
biasa, dia selalu bersama kita. Semua kita pantau. Lagipun ... dia, Si nampak
bergantung pada kita."
“Biarkan dia berdikari. Insya-Allah, doa kita. Okey?"
Isteri saya mengangguk seraya menguntum senyum. Lelaki dan
wanita memang berbeza. Ayah dan ibu berlainan persepsi. Namun beza itu yang
menjadi anugerah Allah.
"Jom! Kita ke Tampin!"
"Jom! Kita ke Tampin!"
** Foto atas:
Pemandangan sebahagian Banjaran Titiwangsa dari Tampin, sekitar jam 9.25am, 1
Disember 2013. Usai membaca dan sediakan satu lampiran / sub-plot tambahan
untuk novel Kombat Armagedon.
** Grafik tengah: Sebuah nukilan dari novel dalam penulisan, insya-Allah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
2 comments:
Alhamdulillah. Satu ingatan yang sangat bermakna.
Baru berasa lega dapat menulisnya. Insya-Allah, saling beringat.
Post a Comment