Bahasa Melayu skema dalam novel?


Dalam menulis buku dan novel, saya menggunakan bahasa Melayu piawai atau BMT, atau apa yang sesetengah pembaca kata 'bahasa Melayu skema'. Skemakah bahasa Melayu kita, atau sesetengah daripada anak muda yang skema dan tidak mengakui bahawa bahasa Melayu kita itu indah?

Di bawah ialah testimoni / komen penggunaan bahasa dalam novel sejarah Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain.

"Membaca teks sastera BMT telah banyak membantu ramai pelajar STPM seperti saya yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Sebenarnya, bahan bacaan lebih banyak membantu kami memahami setiap bab. Sambil menelaah teori, praktikal seperti membaca juga sangat membantu.

"Kebanyakan pelajar bukan Melayu yang membaca buku yang menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi), mereka mampu menyusun ayat dengan baik. Malah, mungkin lebih baik berbanding pelajar Melayu. Nah, bukankah bicara dan bahasa yang cantik itu wadah penyampaian ilmu sejagat? Teruskan usaha menulis dengan bahasa mengikut sintaksis dengan sebaik mungkin. Saya antara penyokongnya dan sedang menghadam karya Tn. Web Sutera ini." -- (Cikpuan Noor Hafizah Mazlan, pelajar Universiti Tun Hussein Onn)

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger