Promosi Maulidurrasul Must Read: Diskaun 25% untuk buku terpilih


MUST READ SDN BHD melancarkan Kenali dan Cintai Rasulullah Sallahu Alaihi wa Sallam. Kami pada tahun 2014 ini menghimpunkan 10 buku berkaitan Rasulullah seperti peribadi, perjuangan, air mata, isteri nabi dan khutbah terakhir nabi.

Kami menampilkan 10 buku yang menceritakan perjalanan insan agung iaitu Nabi Muhammad Sallahu Alaihi wa Sallam.

Biografi Agung Rasulullah menceritakan perjalanan kisah hidup insan agung dari kelahiran, perjalanan sebagai nabi dan wafatnya Rasulullah. Info grafik dan teks memberi nilai tambah kepada buku ini.

Ketika Gugurnya Air Mata Rasulullah  menyelusuri detik-detik tika mana air mata mengalir dari kedua-dua kelopak mata Nabi SAW yang mulia. Melalui garapan 10 kisah yang dihimpun daripada hadis-hadis Nabi SAW berserta huraian, ia pasti akan meruntun jiwa anda.  

Sirah Peperangan Rasulullah menyingkap kembali 27 sirah peperangan Nabi Muhammad SAW dalam usaha mempertahankan Islam apabila digugat oleh pihak musuh. Tiap-tiap satu peperangan yang dihadapi oleh Rasulullah SAW dirancang dengan teratur.

Khutbah Terakhir Rasulullah sebuah analisis pedoman dan harapan. “Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku…”


50 Sup Champion Resipi Rasulullah mengaspirasikan pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW diterap agar resipi bertambah sedap.

Islam Selepas Kewafatan Nabi SAW menjawab golongan-golongan yang tidak mempercayai hadis Nabi SAW, golongan yang mencerca para sahabat Nabi yang mulia, golongan yang menganggap insan selain daripada Nabi SAW adalah maksum, golongan yang fanatik buta, golongan yang jumud mentalitinya terhadap keluasan Islam, golongan yang menganggap mazhab lebih tinggi darjatnya daripada al-Quran dan hadis, golongan yang semberono bercakap mengenai soal agama tanpa mendatangkan dalil dan hujah, dan pelbagai lagi isu yang akan dijawab di dalam buku ini dengan izin Allah SWT.

Cintai Isteri Cara Rasulullah  senyuman yang manis dan sapaan penuh cinta adalah kelaziman Rasulullah SAW dalam berkomunikasi dengan para isterinya. Bahasa kasih ini menjadikan hidup berumah tangga Nabi Muhammad SAW begitu ideal dan romantik.

Insan Agung Kelahiran yang Dinanti tak kenal, maka tak cinta’. Maka oleh sebab itu, hayatilah buku “Insan Agung: Kelahiran Yang Dinanti” bagi memenuhi hati dengan cinta terhadap Nabi Muhammad SAW. Semoga buku ini memberi faedah  kepada anak bangsa yang amat menyayangi agama mereka.

190 Keperibadian Rasulullah dalam surah al-Ahzaf ayat 21 ada menyebutkan, “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu mempunyai ciri teladan yang baik.” Jaminan ini diterima oleh semua kitab agama wahyu. Al-Quran yang diturunkan khas kepada Nabi Muhammad SAW juga menjelaskan bahawa baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir (surah al-Ahzab ayat 40). Nama baginda disebut berulang-ulang kali dalam kitab suci itu, malah salah satu surah daripada 114 surah dalam al-Quran dinamakan atas nama baginda, iaitu Surah Muhammad (juzuk ke-26).

Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik mengupas peranan guru dalam membimbing anak bangsa bukan sekadar mengajar bahkan menitiberatkan akhlak para guru. Ketahui kaedah yang digunakan Rasulullah SAW semasa menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat.

Tawaran menarik ini kami tawarkan dengan diskaun 25% bermula dari 7 hingga 21 Januari 2014. Terbit demi Ummah. Klik Diskaun 25%.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger