Saya pembaca tegar buku yang terdiri daripada fiksyen dan bukan fiksyen. Dalam rak buku, pada hitungan terakhir, ribuan kitab dan buku ada di rumah saya.
Beberapa tahun dahulu, saya dicop sebagai pengkritik tegar buku dan dunia perbukuan, dan peminat tegar novelis Tuan Ramlee Awang Murshid. Akibat daripada kritikan itu, terdapat penerbit yang tergegar, dan beberapa orang menuduh saya ‘hanya pandai mengkritik, tapi tidak menulis buku pun’.
Kini hampir empat tahun saya berkecimbung menulis buku secara serius.
Alhamdulillah sudah enam buah buku berada dalam pasaran – novel dan bukan
fiksyen. Saya ambil kritikan itu sebagai obor semangat.
Adakah mahu menulis
mesti menghadiri bengkel berkaitan? Banyak jawapan. Namun paling selamat untuk
saya jawab ialah ‘tidak wajib’. Tetapi, andai tidak tahu mahu bermula dari
mana, maka bengkel atau kursus penulisan MESTI dihadiri. Saya juga banyak kali
menghadiri kelas dan bengkel penulisan sebelum menulis buku secara serius.
Mereka
tahu adanya Tuhan
Tapi
di mana kewajipan?
Mereka
tahu benarnya al-Quran
Tapi
tidak mengambil pengajarannya?
Tahu
tanpa berbuat
....
hasilnya PUNAH!
@@@@@@@
Dari seorang teman,
sudikan membaca sehingga tamat.
Mengekalkan
momentum penulisan sangat penting supaya semangat untuk menulis tidak menjadi
seperti hangat-hangat tahi ayam. Justeru itu, jangan biarkan idea-idea anda
hilang sebegitu sahaja bagaikan hampas yang ditiup angin nan lalu.
Apabila ada idea, terus catatkan dalam buku idea.
Setiap penulis perlu memiliki buku idea atau floating file sama ada menggunakan hard copy atau soft copy.
Zaman sekarang, mudah sahaja, guna i-Pad, i-Phone dan sebagainya.
Setelah tuan dan cikpuan mengikuti bengkel penulisan,
apabaila sampai di rumah, terus tulis idea itu. Selain itu, cuba ikuti
tips-tips di bawah ini:
1. Jadikan kerja menulis sebagai salah satu agenda
besar dalam hidup. Apabila kerja menulis dianggap besar, penulis akan mampu
mengatasi halangan yang mendatang. Tetapi apabila kerja menulis dianggap kerja
kecil atau kurang penting, halangan yang biasa-biasa saja pun akan mengganggu
dan menghentikan momentum atau semangat untuk menulis. Misalnya, tarikan sebuah
rancangan tv saja pun boleh mengganggu momentum untuk menulis!
2. Buat sasaran dalam menulis. Misalnya, sasarkan
untuk menyiapkan sebuah buku dalam tempoh enam bulan. Sasaran mesti realistik.
Dengan membuat sasaran yang realistik, penulis dapat merancang gerak kerja yang
juga realistik untuk mencapai sasaran itu.
3. Bergaul dengan sesama penulis atau yang
sama-sama mahu serius menulis. Dengan kata lain, masuk ke dalam komuniti
penulis. Seorang pelajar akan bersemangat untuk belajar apabila bergaul dengan
sesama pelajar yang serius mahu belajar. Begitu juga penulis, dia akan
bersemangat untuk menulis apabila bergaul dengan orang yang sama-sama serius
mahu menulis.
4. Baca buku-buku atau makalah yang memuatkan
ilmu-ilmu penulisan dan hadiri mana-mana bengkel atau kursus penulisan.
(Bengkel dan kursus penulisan juga adalah tempat yang baik untuk bertemu dengan
sesama penulis atau calon penulis.)
5. Cari mentor dari kalangan penulis atau
pembimbing penulis yang boleh membimbing dan memberi motivasi untuk terus
menulis.
BERITA BAIK!
Sertai kami pada 22.2.2014 di Wangsa Melawati, Selangor / Kuala Lumpur, 9am-4pm untuk lebih banyak perkongsian ilmu dan pengalaman.
Jika berminat, mohon PM nama dan nombor telefon atau SMS/
whatssup +6019 470 2839
Yuran RM150
Maybank: 1520-6895-6752 (Mohd Khairi Tajudin)
Emel: khairitajudin@gmail.com
Bengkel ini dibawakan oleh KHAIRY TAJUDIN RESOURCES.
1 comments:
Insya-Allah, berpeluang bertemu dan berkongsi cerita dengan editor penerbit Tuan Amir Abdul Hamid, penulis tegar Tuan Khairy Tajudin. Juga dengan hamba daif di sisi Allah, Web Sutera.
Post a Comment