Dari leluhur Jawa dan Patani



Andai saya dilahirkan sebagai bangsa Cina, Turki, India atau Iban, insya-Allah saya akan tetap berbangga. Takdir yang pasti ialah saya dilahirkan sebagai Melayu dari leluhur Jawa dan Patani, tetap syukur itu menyarung sekujur jasad.

Tetapi syukur terbesar ialah saya Melayu-Islam. Anugerah iman itu yang terpenting. Melayu di persada dunia maritim dahulu justeru Islam yang dianuti. Ingat kata-kata Umar al-Khattab mengenai bangsa Arab?

Insya-Allah, tiga buah buku yang banyak kisah - kisah keluarga saya, kisah saya dan kisah manusia lainnya. Kisah sebuah keluarga Melayu yang merentas laut sebelum menetap di Tanah Melayu bernama Malaysia.

Dalam sebuah manuskrip lama yang ditinta oleh almarhumah ibu, penulis olah kembali menjadi beberapa kisah berasingan. Ia kisah keluarga penulis dari leluhur Jawa dan Patani, kisah keluarga Melayu yang merantau sehingga ke Tanah Melayu. Berjuang meniti takdir kehidupan, merentas bumi Tuhan demi mencari kebaikan.


Kisah-kisah itu saya masukkan ke dalam tiga buah buku, sebagai sebahagian ceritera untuk memperbaiki kehidupan, seperti berikut:

1) Berfikir Gaya Champion;
2) 50 Sup Champion Resipi Rasulullah;
3) Hijrah Champion Gaya Rasulullah.

@@@@@@@

Foto di bawah dirakam semasa keraian Tahun Baharu Cina 2014, di premis AmLife Insurance, Kuala Lumpur, tanggal 10 Februari 2014. Mesej saya ialah susahkah seandainya kita hidup aman dan saling mempercayai? Islam melarang permusuhan antara ras berbeza. Beza warna kulit, bahasa dan bangsa adalah rahmat Allah untuk kita, termasuk di Malaysia.

Istimewa dari dapur Cef Hana, Lusiana Catering persembahkan:

1) Nian gao (kek tradisional Tahun Baharu Cina);
2) Yee sang atau lou sang.


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger