Ayat politik dalam al-Quran


Alif Lam Mim. Bangsa Rom telah dikalahkan. Di negeri yang terdekat, setelah kekalahannya itu, mereka akan menang. Dalam beberapa tahun lagi.

“Bagi Allah-lah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Rom) itu, bergembiralah orang-orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang.” (Surah ar-Rum 30:1 – 5)

Ini ayat-ayat politik dalam al-Quran. Bangsa Rom ialah empayar Rom Timur atau Bizantin yang berpuasat di Konstantinopel.

“Di negeri yang terdekat” ialah terdekat ke negeri Arab, yakni Syria dan Palestin di waktu kedua-dua wilayah itu menjadi jajahan Bizantin.

Bangsa Rom atau kerajaan Empayar Bizantin pada waktu ayat ini diturunkan menganut agama Nasrani yang memiliki Kitab Suci. Manakala bangsa atau kerajaan Parsi beragama Majusi yang menyembah api dan berhala (musyrik). Kedua-dua kerajaan ini saling berperang silih berganti.

Ketika tersebar berita tentang kekalahan Rom Timur / Bizantin kepada Parsi, kamu musyrikin Makkah bergembira kerana ia berpihak kepada mereka. Manakala kaum Muslimin berdukacita. Kemudian datanglah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW, memberitakan setelah kalah itu, Bizantin akan beroleh kemenangan ke atas Parsi. Tempohnya dalam beberapa tahun lagi.

Ia benar-benar terjadi. Beberapa tahun selepas itu, Bizantin memenangi peperangan dengan Parsi. Justeru ia sebagai petunjuk akan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kebenaran al-Quran sebagai Kalam Allah yang bukan tulisan Baginda.

“Dalam beberapa tahun lagi” itu ialah antara tiga hingga sembilan tahun. Waktu antara kekalahan Bizantin (tahun 614 – 615 Masihi) dengan kemenangannya (tahun 622 Masihi) ialah kira-kira tujuh tahun.

Maka, untuk saya dan para sahabat, nikmat Allah manakah yang mahu kita dustakan lagi?

Insya-Allah, antara lain, ayat-ayat ini juga yang cuba saya perkisahkan dalam novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH dan yang akan datang, Perang ArmagedonJusteru jadilah Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH setebal hampir 900 muka surat.


Dalam Perang Armagedon pula, politik kehidupan dan doktrin pemerintahan di suatu masa hadapan dinovelkan. Good vs. Evil.


Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin, Polip) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti. Salah seorang hero ialah pemuda Cina.

Kedatangan mubaligh dan pedagang Arab beragama Islam ke wilayah Yunan yang merangkumi Fukien dan Canton di selatan China pada abad ke-7 Masihi, memberi cahaya yang selama ini ditunggu-tunggu warganya. Lahirlah seorang pejuang Islam bernama Pu Shou Keng di kawasan pesisir pantai selatan benua China itu.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger