Maaf
cakap. Dahulu saya cukup kagum dengan Iran dan Revolusi Islam-nya. Cukup kagum
dengan mantan Presiden Mahmud Ahmadinejad yang memberi kata dua kepada Israel,
"Kalau seinci bumi Iran diserang Israel, kami akan hancurkan Israel!"
Semakin
saya fahami asal usul fahaman Syiah, saya semakin mendapat makna bahawa semua
itu hanya sandiwara mereka yang menjadi tali barut Yahudi dan Rumah Putih
Amerika Syarikat. Hipotesis terkini ialah Iran dengan Syiah-nya juga menunggu
Armagedon yang palsu.
Namun
kosa kata 'Syiah' itu adalah jerat Zionis-Yahudi agar kita umat Islam saling
bermusuh, sedangkan mereka terus-menerus sasarkan Islam sebagai teroris.
Insya-Allah,
dalam novel setebal hampir 900 muka surat ini, terdapat aksi senario Perang
Salib dan agenda Syiah. Ia tetap dalam misi membenarkan hadis Rasulullah
berkenaan kota Konstantinopel. Banyak ibrah yang cuba saya tampilkan untuk anak bangsa. Kisah dan ceritera racun doktrin Zionis-Yahudi
dalam meracuni pemikiran ummah dan rakyat dunia, antara inti patinya.
Andai sudi untuk memiliki novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH ini, saya berbesar tuan dan cikpuan mesej peribadi (PM)
saya di Facebook.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment