Menurut
hemat saya, berkembangnya bidang penulisan dan banyaknya buku justeru cerdik
pandai Islam wajib menulis untuk mengimbangi bahan-bahan bacaan yang buruk dan
tidak benar. Peranan para pecinta ilmu di akhir zaman menjadi penting agar
tohmahan dan propaganda perang saraf kaum kuffar dapat dipintas, agar umat
Islam dan manusia dapat melihat Islam dari sudut yang sah bersumberkan al-Quran,
hadis dan kesepakatan ulama.
Justeru
para pemuda-pemudi perlu rajin membaca, menelaah dan mengisih bahan bacaan yang
baik dan dapat dijadikan panduan. Insya-Allah, selama mana ilmu atau tulisan
itu berdasarkan fakta-fakta tafsiran Al-Quran dan hadis, ianya benar.
Hadis
berikutnya. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, “Rasulullah
berkhutbah, dan menyebut satu kisah yang panjang. Pada akhir hadis itu
disebutkan bahawa Abu Syah berkata kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah! Tolong
tuliskan untuk saya isi khutbah tuan tadi.’ Maka Rasulullah berkata, ‘Tolong
tuliskan untuk Abu Syah’.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Dalam sebuah
buku hadis, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam menulis, “Maka satu-satunya
cara adalah meminta bantuan orang lain untuk menulis ilmu baginya.” Yakni
menulis bagi orang yang tidak boleh menulis justeru sebab-sebab tertentu, tapi
ingin membaca dan menelaahnya.
Dalam
sebuah artikel beberapa tahun dahulu yang ditulis untuk sebuah majalah, saya
nyatakan, antara lain:
“Penggunaan komputer membolehkan maklumat disimpan dalam disket (atau
cakera liut), cakera keras, pita magnet, CD-ROM, CDR, thumb drive, flash
memory, dan sebagainya. Peranti storan terkini boleh
menyimpan pelbagai maklumat multimedia yang mengandungi teks, grafik, bunyi,
dan sebagainya pada kepadatan tinggi.”
Lebih daripada itu, pelbagai medium terbuka mutakhir ini, terutamanya
blog dan Facebook, atau boleh dikumpul dalam kategori laman web dalam internet.
Saya istilahkan World Wide Web itu sebagai
badan atau wahana tempat maklumat disimpan. Justeru wajib digunakan sebagai
salah satu wahana di era moden dan mutakhir ini, insya-Allah.
Hadis berikutnya juga dari Abu Hurairah. Beliau berkata, “Tidak ada
daripada keseluruhan para Sahabat Rasulullah orang yang paling banyak
melaporkan hadis lebih berbanding saya, kecuali Abdullah bin Amar bin Ash. Maka
dia lebih banyak daripada saya kerana dia menulisnya, dan saya tidak menulisnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi)
Lanjutan dari hadis-hadis di atas, insya-Allah, saya ingin panjangkan
satu tazkirah. Dalam tafsirAl-Quran Miracle The Reference, panel panitia
mengambil satu tulisan Harun Yahya mengenai syirik kepada Allah.
"Antara perbuatan syirik adalah memuja berhala. Menurut adat kata
'memuja berhala' bererti menyembah benda atau wujud tertentu."
Insya-Allah, semua orang tahu. Ulama, ustaz, mufti, tok imam dan
penganut Islam tahu dan memahaminya. Tetapi baca
lagi yang berikutnya.
"Namun
sebenarnya, maknanya lebih luas dan tidak terbatas pada pengertian itu. Pada
setiap masa selalu ada manusia yang sekutukan Allah, mengambil tuhan lain dan
menyembah pujaannya. Memberhalakan sesuatu tidak bererti pemujanya berkata,
'ini tuhan yang saya sembah'. Tidak juga bererti dia harus bersujud di
hadapannya.
"Pada
dasarnya, menyembah berhala dapat bererti rasa suka seseorang terhadap sesuatu
melebihi sukanya kepada Allah. Misalnya menyukai redha seseorang (manusia)
berbanding dengan redha Allah, atau lebih takut kepada seseorang (penguasa)
berbanding rasa takut pada Allah, atau lebih mencintai seseorang daripada
cintanya untuk Allah.”
Justeru
antara mesej utama dalam novel PERANG ARMAGEDON ialah: “Kadangkala, bahkan
kerap perang terpaksa demi membela maruah dan untuk kebaikan manusia. Kalau
Islam tidak wajibkan jihad, musuh-musuhnya dan musuh kemanusiaan akan
menganyang ummah. Namun Islam mengajar adab-adabnya, insya-Allah.”
Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang
kezaliman Zionis-Yahudi. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan
ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin,
Polip) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh
terkehadapan nanti. Salah seorang hero ialah pemuda Cina.
Kedatangan mubaligh
dan pedagang Arab beragama Islam ke wilayah Yunan yang merangkumi Fukien dan
Canton di selatan China pada abad ke-7 Masihi, memberi cahaya yang selama ini
ditunggu-tunggu warganya. Lahirlah seorang pejuang Islam bernama Pu Shou Keng
di kawasan pesisir pantai selatan benua China itu.
Sebuah penerbitan Galeri Ilmu.
** Insya-Allah, ikhlas dari hamba Allah yang daif di sisi-Nya, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment