Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang
kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah
tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin) dalam
menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti.
Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam
sehingga ke Muhammad bin Abdullah adalah Islam atau Muslim. Itu fakta dalam
al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar beriman dengan
kenabian dan kerasulan serta wahyu daripada Allah. Agama mereka adalah satu
walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.
Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj
Nabi Muhammad, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid al-Aqsa
kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat
adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan
bangsa Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.
Justeru umat Islam wajib membaca ayat al-Quran ini setiap
kali bersolat, sebagai salah satu tazkirah:
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” (Al-Fatihah 1:7)
Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani
Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak
berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds.
Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak bangsa Yahudi dengan
tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah mainan kotor mereka.
Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah itu. Sebelumnya kaum
Arab purba sudah ada di sana zaman-berzaman.
Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu
firman Allah:
“Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini.” (At-Tiin 95:1 -3)
Salah satu tafsir ulama wilayah buah tin dan zaitun ialah
Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam. Seluruh kaum masa silam yang
disebutkan dalam al-Quran dan Bible (asli atau terkini) sewajibnya memperoleh
hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah yang Maha
Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.
Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari
satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan
alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di
situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui
batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.
Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan
dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati
dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum
peringatan yang pertama.
Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang
amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan
pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam
sehingga ke hari kiamat.
Inilah inti pati fiksyen ini.
JUDUL: Perang Armagedon.
PENERBIT: Galeril Ilmu, 2014.
ISBN: 978-983-097-467-5.
HARGA: RM22 (Sem. Malaysia), RM24 (Sabah & Sarawak).
TEBAL: 480 muka surat.
Inilah inti pati fiksyen ini.
JUDUL: Perang Armagedon.
PENERBIT: Galeril Ilmu, 2014.
ISBN: 978-983-097-467-5.
HARGA: RM22 (Sem. Malaysia), RM24 (Sabah & Sarawak).
TEBAL: 480 muka surat.
0 comments:
Post a Comment