BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon di Syria dan Mesir


Apabila seramai 529 pendokong mantan presiden Mesir Mohammed Morsi yang sah dipilih rakyat dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah tentera Mesir, maka terserlah lagi doktrin Dajjal. Pendokong Ikhwan Muslimin kini bergerak secara bawah tanah. Ia bakal melahirkan ramai pejuang jihad, insya-Allah. Zionis Yahudi bertepuk tangan, buat sementara waktu.

Junta tentera Mesir ingat mereka boleh tidur tenang, dan berbangga dengan hukuman mati ke atas 529 pendokong Ikhwan Muslimin, termasuk Mursyidul Am Dr. Muhammad Badi’ dan Presiden FJP Dr. Mohamed Saad Katatni itu. Janji Allah Maha Benar, dan Dia Maha Tinggi kuasa-Nya. Saya doakan pihak pimpinan tentera Mesir yang bersekongkol dengan Zionis Yahudi ini dilaknat Allah. Amin ya Rabb, ya Jabbar ya Qahhar!

Kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal mengolah olak gelombang kestabilan politik dunia. Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi berinspirasikan rakyat yang tertindas, sejak sekian lama. Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan kemanusiaan.

Saya melihat ini petaka armagedon yang ditiup obor oleh Zionis Yahudi dengan dokongan negara haram jadah Israel dan pimpinan Rumah Putih Amerika Syarikat. The beginning ...

Rejim laknat Abdul Fattah as-Sisi membuktikan beliau adalah diktator kuku besi mewarisi kezaliman Firaun di bumi Mesir. Dia juga berjaya membuktikan kesetiaannya terhadap rejim haram Israel dan menjadi boneka Rumah Putih Amerika Syarikat.

Dalam isu berkaitan, tidak keterlaluan era Perang Dingin akan berulang di akhir zaman ini. Laporan media Timur lawan Barat yang susah untuk didamaikan kini menjadi semakin terpisah oleh jurang yang seolah-olah mustahil dihubungkan. Ia mengingatkan kita mengenai Perang Dingin. Kes Crimea menjadi isu perang doktrin politik bagi kedua-dua blok – Rusia dan Amerika Syarikat.

Menurut Presiden Rusia, Vladimir Putin dan mesin propaganda Kremlin, pasukan tentera Rusia melindungi Crimea dari pemerintah Ukraine baru yang cenderung kepada elemen fasis berbahaya. Bagi media Barat yang diterajui Amerika Syarikat, tiada apa yang boleh mewajarkan tindakan sebelah pihak terhadap sebuah negara berdaulat. Bagi Rusia, kritikan Barat bergema dengan cincin berongga kepura-puraan.

Dalam hal ini juga, sejarah membuktikan bahawa jumlah ramai bukan penentu berjaya di medan juang. Senjata secanggih mana pun andai Allah tidak izinkan, ia tetap gagal. Semuanya berbalik kepada Allah yang Maha Gagah dan Maha Perkasa. Walaupun demikian, kuda-kuda perang tetap terus dilatih agar bersedia menyahut seruan jihad.


Kini krisis di Syria masih menggelegak dan Mesir semakin membara. Ini petaka akhir zaman dalam menimbulkan fasa-fasa armagedon yang dipukul genderang perang oleh Zionis Yahudi dan konco-konconya.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger