Ulama pernah berkata, “Tegakkan atau dirikan negara Islam di hati kalian, nescaya nanti ia akan berdiri di atas muka bumi.”

Ulama adalah penting untuk umat Islam, kita sentiasa memerlukan nasihat mereka. Ulama yang ikhlas bakal memberi ingat akan kelalaian, membangunkan dari lena panjang, mengeluarkan umat dari kebodohan.

Kebangkitan generasi jihad Sultan Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh tidak lain adalah hasil gerakan para ulama dalam mendidik, mengajar, dan menuntun jalan kenabian untuk umat Islam. Peranan ulama adalah memurnikan akidah karut, membenteras ajaran batil dan sesat, membersih amalan khurafat dan memimpin dalam beramal semua sunnah Rasulullah SAW.

Ulama juga memberi pencerahan akan sejarah umat, sejarah manusia yang sengaja digelapkan oleh Zionis Yahudi. Pemalsuan sejarah dibongkar dan diambil ibrah oleh ulama bagi diperikan kepada Islam dan umat manusia sejagat. Sejarah untuk diteladani, bukannya terpasung dengan elemen bidaah karut Israiliyat yang memusnah tamadun kemanusiaan.

Pengekor dan pendamba hawa nafsu sewajibnya dibenteras oleh ulama, mereka senantiasa mengajak umat ke arah jalan rabbani, meniti jalan sutera kenabian sebermula Nabi Adam lagi. Justeru ajaran para nabi dan rasul adalah melahirkan umat Muslim – dengan kata lain semua penganut ajaran rasul adalah Muslim – sehingga ajaran Rasul Akhir Zaman, Nabi Muhammad SAW.

Para pejuang Islam yang benar-benar ingin membebaskan Al-Quds wajib dididik dan diajari kecemerlangan generasi kemenangan Salahuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh. Mereka – para pejuang jihad itu – mengikuti manhaj kerasulan Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat.

Ulama imam Malik bin Anas meninta, “Umat terakhir ini tidak akan baik, kecuali dengan apa yang telah membuat baik umat generasi pertama.”

Baitulmaqdis dan Al-Quds tidak akan mampu dibebaskan dan kembali ke pangkuan Islam sekiranya berada dalam genggaman fahaman Syiah Rafidhah. Al-Quds dijarah oleh Zionis Israel dan konco-konconya kerana revolusi Arab bersekongkol dengan Amerika Syarikat dan British. Tatkala Daulah Uthamaniah dipimpin oleh Sultan Abdul Hamid II, Zionis Yahudi begitu keras melobi Amerika Syarikat, British dan negara-negara Eropah agar menghasut sultan. Sedang penguasa Arab hanya berdiam diri.

Di Istanbul tatkala itu, propaganda disemai di sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Caranya adalah dengan mengubah sistem pemerintahan dan hukum Islam kepada sistem pemerintahan ala Barat dan hukum-hukum sekular. Ia mula dilakukan oleh Mustafa Rasyid Pasha, menteri luar pada era pemerintahan Sultan Abdul Majid I, pada tahun 1839 Masihi.

Seterusnya pada tahun 1876, pakatan jahat Yahudi Zionis menyediakan Konstitusi 1876 yang membentangkan perlembagaan sekular kepada kerajaan Islam Uthmaniah. Namun, konstitusi ini ditolak oleh Sultan Abdul Hamid II yang menjadi sultan pada ketika itu.

Pada tahun 1895, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) disediakan oleh Dr. Theodore Hertzl , seorang pelobi dan penggerak utama Zionis Yahudi dari Hungari, diterbitkan. Buku itu menyebutkan bahawa kaum Yahudi harus memiliki negara sendiri setelah bertahun-tahun menjadi bangsa terusir. Doktrin inilah yang diserap masuk ke dalam Talmud, Taurat dan Bible.

Al-Quds tidak akan dapat kembali seandainya ia diharapkan kepada golongan yang mencela Sahabat Rasulullah, mengkafirkan mereka, dan membolak-balik hukum-hakam yang sudah teguh sejak itu. Golongan Syiah Rafidhah adalah sekongkol Zionis Yahudi secara bersembunyi yang mencemar citra umat dan ajaran Islam.

Sayugia diingatkan, kita membenci Yahudi dan Nasrani bukan justeru mereka menganut fahaman itu semata-mata. Ia kerana kekafiran dan kebejatan ajaran dan doktrin mereka yang melihat Islam adalah musuh yang harus diperangi dan kita umat Islam harus dihapuskan dari muka bumi. Ia juga kerana mereka merampas tanah-tanah umat Islam, menjarah Palestin dan mengepong Al-Quds.

Perang adalah menyakitkan. Namun perang juga wajib justeru mereka (Zionis Yahudi dan Zionis Nasrani) memerangi kita umat Islam. Kita wajib melawan balik! Para pemimpin Amerika Syarikat yang menduduki takhta Rumah Putih rata-rata mencintai Zionis Yahudi, taat tanpa berbelah bahagi kepada Israel yang didasarkan kepada doktrin Talmud dan Taurat yang dipalsukan.

Mengapa kita mengemis pemikiran Yunani pagan dan Rom (Yahudi dan Barat)? Hayati ibrah ayat-ayat al-Quran di bawah.

“Alif Lam Mim. Bangsa Rom telah dikalahkan. Di negeri yang terdekat, setelah kekalahannya itu, mereka akan menang. Dalam beberapa tahun lagi.

“Bagi Allah-lah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Rom) itu, bergembiralah orang-orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, lagi Maha Penyayang.” (Surah ar-Rum 30:1 – 5)

Ini ayat-ayat politik dalam al-Quran. Bangsa Rom ialah empayar Rom Timur atau Bizantin yang berpusat di Konstantinopel.

“Di negeri yang terdekat” ialah terdekat ke negeri Arab, yakni Syria dan Palestin di waktu kedua-dua wilayah itu menjadi jajahan Bizantin. Bangsa Rom atau kerajaan Empayar Bizantin pada waktu ayat ini diturunkan menganut agama Nasrani yang memiliki Kitab Suci. Manakala bangsa atau kerajaan Parsi (wilayah Iran sekarang ini) beragama Majusi yang menyembah api dan berhala (musyrik). Kedua-dua kerajaan ini saling berperang silih berganti.

Ketika tersebar berita tentang kekalahan Rom Timur / Bizantin kepada Parsi, kaum musyrikin Makkah bergembira kerana ia berpihak kepada mereka. Manakala kaum Muslimin berdukacita. Kemudian datanglah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW, memberitakan setelah kalah itu, Bizantin akan beroleh kemenangan ke atas Parsi. Tempohnya dalam beberapa tahun lagi.

Ia benar-benar terjadi. Beberapa tahun selepas itu, Bizantin memenangi peperangan dengan Parsi. Justeru ia sebagai petunjuk akan kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW dan kebenaran al-Quran sebagai Kalam Allah yang bukan tulisan Baginda.

“Dalam beberapa tahun lagi” itu ialah antara tiga hingga sembilan tahun. Waktu antara kekalahan Bizantin (tahun 614 – 615 Masihi) dengan kemenangannya (tahun 622 Masihi) ialah kira-kira tujuh tahun.

Insya-Allah, dua novel menceritakan isu jihad, yakni Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH dan Perang Armagedon. Sebuah lagi – Macedonia: Alexander Agung (Hijab Raja Zulqarnain) memberi pencerahan akan sisi gelap Zionis Yahudi dalam doktrin sejarah mereka.

** Insya-Allah, akan bersambung.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger