DEMI CINTA - Islam dalam istana Maharaja China

Bermula pada abad  ke-7 Masihi semasa era Dinasti Tang, wilayah China Selatan atau Tiongkok Selatan didatangi cahaya Islam. Para mubaligh dan kemudian pahlawan Ta Shih atau Arab yang menjadi penyelamat istana dan takhta Maharaja dinasti itu. Lalu Maharaja di kala itu mengagumi, dan seterusnya memberi tempat istimewa kepada orang-orang Ta Shih. Warga bangsa Cina yang banyak suku kaum itu yang dalam kegelapan pagan mulai mengenali Thian (Allah Yang Maha Esa).

Seterusnya, Islam tersebar secara aman tanpa pertumpahan darah, tanpa perasaan benci membenci, tanpa terputus hubungan kekeluargaan di kalangan warga Cina tempatan, walaupun menganut kepercayaan dewa-dewa (yang belum Islam). Penerimaan komuniti Cina dan istana sangat baik justeru sahsiah diri kaum Ta Shih itu yang murni, tidak bermusuh walaupun berbeza fahaman ketuhanan, selagi mana mereka tidak memerangi Islam.

Kedatangan mubaligh dan pedagang Arab beragama Islam ke wilayah Yunan yang merangkumi Fukien dan Canton di selatan China pada abad ke-7 Masihi, memberi cahaya yang selama ini ditunggu-tunggu warganya. Lahirlah seorang pejuang Islam bernama Pu Shou Keng di kawasan pesisir pantai selatan benua China itu.

Seterusnya China Selatan makmur dengan ilmu-ilmu Islam, peradaban dan banyak ajaran Islam dipraktikkan di dalam istana dan pemerintahan. Zakat diperkenalkan sebagai salah satu kaedah sistem percukaian dalam semua wilayah Dinasti Tang.

Berabad kemudian, dinasti China Selatan bertukar kepada Dinasti Sung, yang turut amalkan banyak sahsiah Islam dalam pemerintahannya. Seperti mana Maharaja-maharaja Tang, Maharaja-maharaja Sung juga menyenangi orang-orang Ta Shih yang banyak membantu mereka dalam banyak hal ehwal kenegaraan. Justeru orang-orang Arab Islam itu - selain berdakwah, lalu semakin ramai rakyat tempatan memeluk agama suci ini - turut diserapkan ke dalam pemerintahan dan pasukan tentera kerajaan China Selatan.


Berlaku perkahwinan campur di antara orang-orang Ta Shih dan warga Cina tempatan. Islam semakin subur di dalam istana dan dalam banyak wilayah China Selatan .... sebelum Mongol di bawah Genghis Khan (Temujin) menyerang hebat.

Insya-Allah, salah seorang watak hero dalam novel  PERANG ARMAGEDON saya ambil ibrah dari Islam dalam istana Maharaja China ini.

** Insya-Allah, ikhlas dari hamba Allah yang daif dan memerlukan cinta-Nya, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger