Beberapa
sahabat bertanya bagaimanakah untuk terbitkan sesebuah buku. Jawapan saya
berbeza mengikut si penanya. Namun kesemuanya saya jawab, “Untuk terbitkan
sebuah buku bukan mudah. Apabila kita usai menulis, bukan semudah petik jari,
tup-tup buku keluar.”
Salah
satu fasa yang penting ialah suntingan dan perbincangan dengan editor. Ada
sesetengah penulis (setakat saya tahu), tak berapa suka manuskripnya diubah. Bagi saya, editor diberi kebebasan penuh
untuk membaik pulih dan memberi cadangan balas bagi kebaikan sesebuah buku.
Sudut pandang penulis dan editor berbeza. Beza itu yang memberi kebaikan,
insya-Allah.
Sebab itu, saya menerima dengan baik setiap saranan dan
respons dari editor, dan saya pula turut memberi cadangan balas. Ego dibuang
jauh-jauh agar jangan syok sendiri dengan manuskrip. Namun dalam masa yang
sama, saya berikan rasional atau jawapan setiap persoalan yang dibangkitkan.
Alhamdulillah, setakat ini kerjasama dengan editor dua
penerbit – Galeri Ilmu dan Must Read - berjalan dalam ukhuwah Islam. Semoga ia berpanjangan sehingga ke
syurga.
Sebagai
penggemar fiksyen/novel saga-sejarah, fantasi dan sains-fiksyen bahasa
Inggeris, saya terharu dengan sambutan walau sekecil mana pun terhadap novel
saya. Semoga usaha bersama rakan editor dan penerbit ini diberkati Allah Taala.
Beberapa
komen dan ujana bagi penulisan novel PERANG ARMAGEDON (skrin di bawah) dan novel lain dalam
genre yang sama. Saya terharu atas kerjasama dan sokongan ini.
Rayyan
berkata, “Dinasor ini hebatlah, abah! Kuat!”
Saya
menyahut, “Ya ... itu makhluk Allah. Jadi yang ciptakannya lagi hebat.”
“Allah
lagi hebat?"
“Ya ...
Allah kan Tuhan kita. Allah Maha Hebat.”
Rayyan
menjawab, "Betullah, abah.”
**
Dialog petang saya dan putera berusia 7 tahun Rayyan Hisyam.
@@@@@@@
Tiga
sahabat, rakan dan pailang (foto atas).
Walau
berbeza umur, kami boleh bersama dalam sebuah usaha meninggikan Islam dan
memandaikan bangsa dari sudut tersendiri. Terima kasih, sahabat, justeru hadir
dalam hidup ini.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment