Kemelut dunia: Ilham, rezeki dan ujian dari Allah


Alhamdulillah. Subhanallah. Allahu-akbar! La hawla wala quwwata illa billah.

Syukur sebesar cekerawala yang merentas Bima Sakti pun masih tidak cukup untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah. Namun sebagai hamba daif di sisi-Nya, saya sungguh bersyukur justeru ilham ini akhirnya dapat disiapkan.

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, justeru kerana cinta Baginda selalu memberi ingat kepada umatnya bahawa fitnah Dajjal yang bersekongkol dengan Iblis – semoga Allah melaknat mereka sekeras-kerasnya – paling besar dan paling berat untuk dipikul. Namun Baginda memberi jalan-jalan Ilahi agar sentiasa waspada.


Saya mengambil masa selama lima hari untuk membaca novel PERANG ARMAGEDON ini dalam bentuk buku cetakan, walaupun sebelum ini sudah berkali-kali menatapnya di skrin laptop. Kaedah pembacaan saya ialah baca-dan-berhenti. Sebab itulah ia mengambil masa lima hari untuk sebuah novel setebal 480 muka surat.


Insya-Allah, saya berpuas hati dan berasakan mesej yang ingin disampaikan boleh dihadam oleh pembaca. Cubalah!

Maha benarlah. Untuk aku dan kamu sahabat yang disayangi.

Dugaan yang Allah beri, jadikan satu benteng untuk membina kekuatan diri. Insafilah apa jua kesusahan kita, ada insan lain yang lebih berat dugaannya. Allah tidak akan menduga hamba-Nya sesuatu yang hamba itu tidak boleh hadapi. Biarlah keredhaan berkerdipan di dalam jiwa.

Andai berminat untuk membeli terus novel-novel perjuangan dari saya, mohon hubungi saya melalui Facebook Web Sutera. Insya-Allah, setiap novel yang dibeli akan ditandatangan dan diposkan melalui kurir Pos Laju.



** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger