Strategi Jihad: Iman, akhlak dan teknologi wajib selari


Para pejuang keimanan dan keadilan sewajibnya melihat dua perkara dalam setiap usaha – tauhid, iman dan akhlak; dan penggunaan teknologi. Itulah yang menjadi wahana ketamadunan Islam, yakni akhlak yang sebati dengan ketauhidan kepada Allah Taala dan membina kekuatan teknologi dengan matlamat mencari redha Allah.

Lihat sejarah Nabi Muhammad SAW, para Sahabat, Sultan Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Muhammad al-Fateh. Akhlak dan sahsiah jati diri Sultan Salahuddin al-Ayubi disegani kawan dan lawan, termasuk jeneral besar Tentera Salib, Raja Richard ‘berjiwa singa’. Jiwa sufi sultan itu ternyata jauh lebih hebat berbanding ‘jiwa singa’ raja England itu. Sultan Islam dari bangsa Kurdis itu cemerlang dengan tempur bersenjata, dan dalam masa yang sama mampu menakluk jiwa musuh dengan iman dan akhlaknya.

Manakala Sultan Muhammad al-Fateh juga berpakaian iman dan akhlak di istana dan ketika bertempur. Dalam masa yang sama mengungguli teknologi semasa dan terkehadapan, mahir bahasa dan sastera, mahir ilmu sejarah dan geografi, bahkan mendalami ilmu metrologi, kaji cuaca dan astronomi. Sultan muda ini merungkai kepungan kota Konstantinopel dengan doa, tawakal dan yakin kepada bantuan Allah, dan dalam masa yang sama lestarikan penggunaan teknologi persenjataan perang.

Dari dua contoh ini, dapat kita simpulkan bahawa pembinaan iman dan akhlak adalah eleman yang harus sejajar dengan tamadun fizikal. Pemahaman iman terhadap Pencipta Agung Allah Yang Maha Esa akan membentuk akhlak pemimpin terbaik, seterusnya menjana rakyat dan tentera yang baik lagi kuat.

Allah menegaskan dalam al-Quran:

“Dan ada di antara manusia orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (Luqman 31:6)


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger