Ibrah Armagedon untuk Baitulmaqdis



Perjalanan amat luar biasa atau apa yang dimaksudkan dengan mukjizat Allah itu, yang dialami secara roh dan jasad oleh Nabi Muhammad SAW adalah perkara amat besar. Yakni wisata kenabian Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Baitulmaqdis di Palestin, dan kemudian keberangkatan Baginda ke lapisan langit ketujuh membawa erti amat besar.

Antara yang boleh diambil iktibar, seperti tafsir para ulama mufassirin, ialah Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa bukanlah tempat biasa-biasa, malahan ia lokasi khusus maha kudus dan suci di sisi Allah Taala. Baitulmaqdis dan sekitarnya tersemat satu pertalian erat di antara kebangkitan Nabi Isa alaihissalam dengan risalah Islam Nabi Muhammad SAW. Ia juga menjadi bukti maha nyata bahawa wujud pertalian erat dan pasti di antara keseluruhan para anbiya (nabi dan rasul) yang diutus ke alam ini – semua mereka membawa ajaran yang sama, yakni Islam.

Peristiwa itu juga memberi satu suluhan cahaya terang agar setiap masa wilayah Baitulmaqdis, Masjid al-Aqsa dan Al-Quds dipelihara dan dijaga kehormatannya oleh umat Islam. Ia petanda dari Sidratul Muntaha dengan perintah Allah Taala agar noda Zionis-Yahudi sewajibnya dihapuskan sama sekali, dan ia menjadi tanggungjawab ke pundak setiap Muslim di seluruh ceruk dunia.

Sedar atau tidak, usaha jihad Sultan Salahuddin al-Ayubi yang berusaha keras dan bersungguh-sungguh membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman Tentera Salib adalah salah satu manifestasi Israk dan Mikraj.

Menyentuh tentang jihad, para orientalis, penulis Barat dan Yahudi, dan media milik mereka sekian lama memainkan doktrin agar kosa kata ‘jihad’ terhapus dari dunia Islam. Secara profesional dan teratur, mereka menyinsing lengan mengadun kebenaran dengan kepalsuan. Mereka mengembleng tenaga bagi mencipta riak demi untuk kelirukan dunia dan orang-orang Islam tentang jihad.

Mereka sedaya upaya membuang makna jihad dari dalam dada umat Islam. Kerana apa? Kerana musuh-musuh Islam itu tahu sekiranya semangat jihad ini berada dalam rukun Islam yang sebenar, ia adalah kobaran api pemanas dan penggerak kehidupan umat Islam di setiap zaman, khususnya di akhir zaman kini.

Sungguh mereka musuh-musuh Islam mengerti, semangat jihad ini adalah suatu tenaga raksasa yang tidak boleh disekat, suatu energi yang menggugat impian imperialisme. Jihad menggugat slogan ‘Gold, Glory and Gospel, yang merupakan ‘jihad’ musuh Islam yang dianuti oleh konglomerat imperialis dan neo-kolonialis Barat dan Zionis. Di sebalik hijab ialah Iblis dan Dajjal.

Al-Masih Dajjal dan Imam Mahdi ... seteru dua blok - hitam dan putih. Dajjal si al-Masih palsu dari dunia kegelapan, sedangkan Nabi Isa alaihissalam adalah al-Masih sejati yang akan memerangi musuh-musuh Allah di akhir zaman. Baginda akan bersama Imam Mahdi.

Secara umum makna jihad ialah mengorbankan segala tenaga dan usaha ke jalan mempertinggikan kalimah Allah, dan mendirikan satu masyarakat Islam yang syumul.

Untuk memahami makna dan peringkat jihad yang pelbagai itu, mohon tuan dan cikpuan membaca buku/kitab berkaitan.

Dalam usaha mengembalikan makna jihad ini, maka hamba Allah yang daif di sisi-Nya ini, menulis dua buah novel berdasarkan sejarah:


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger