Sesiapa
yang takut kepada sesuatu, lazimnya (atau pastinya) akan lari daripadanya.
Walhal sesiapa yang takut kepada Allah Taala, pasti bahkan sewajibnya melarikan
diri menuju kepada-Nya.
Teman,
sekali lagi ingin saya nyatakan. Saya bukan hamba Allah terbaik apabila menulis
dan memberi nasihat atau mengajak orang lain berbuat baik. Saya hamba Allah
yang sering alpa, kadangkala iman bertahap rendah - turun dan naik. Namun si
bijak pandai meninta, "Sekiranya menunggu engkau sempurna baharu mahu
berdakwah, maka tiadalah insan yang memberi tazkirah."
Semoga
dimengerti, kawan. Terima kasih dan penghargaan besar untuk teman pembaca yang
membeli, membaca dan memberi komentar terhadap semua karya saya. Hanya Allah
segala.
Insya-Allah, saya menunggu teman, sahabat, kawan, tuan dan cikpuan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 (PBAKL 2014), PWTC, 24 April - 4 Mei 2014.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment