Pemimpin dan rakyat Rabbani



Aku penulis yang gelisah. Idea banyak, tapi menulis malas. Rasa mahu berkongsi, namun bimbang ia disalah tafsir. Walaupun demikian, andai aku tidak sampaikan apa yang difahami, jadi tambah gelisah. Justeru, aku tetap menulis.

Semoga kalian tidak marah. Mohon izin hanya dari Allah Taala.

Aku cuba mengelak tulis status politik kepartian, fasal PAS-UMNO, fasal BN-PR, fasal GST, fasal duit, fasal itu, fasal ini. Tapi tak boleh. Salah satu cabang dakwah ialah melalui politik, seperti mana ujana Asy-Syahid Hassan al-Banna dan Dr. Mohammed Morsi. Aku penulis yang ada hak untuk bersuara dalam landasan dakwah dan politik, justeru politik adalah kehidupan.

“Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka turutlah olehmu (wahai Muhammad) akan petunjuk mereka; Katakanlah: ‘Aku tidak meminta upah kepada kamu mengenai petunjuk (al-Quran yang aku sampaikan) itu. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi penduduk alam seluruhnya’.” (Al-An'am 6:90)

Membangun dan membenih pemuda serta generasi rabbani bukan tugas mudah, justeru generasi rabbani ialah masyarakat yang berpaksi kepada akhlak Islam. Ia bukan sekadar slogan retorik, bahkan ia tuntunan al-Quran seperti mana firman Allah Taala:

“Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: ‘Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah’. Tetapi (sepatutnya dia berkata): 'Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya’.” (Ali-'Imran 3:79)

Dalam satu makna, erti ‘menyembah selain Allah’ bukan setakat kita menyembah ‘tuhan lain selain Allah, seperti patung, kubur keramat atau sebagainya’. Malah makna ‘menyembahku selain Allah’ ialah mempercayai bahawa ada sistem lain selain Islam bawaan Rasulullah (SAW) yang lebih baik diamalkan, lebih elok diterapkan, dan lebih harmoni untuk sesebuah negara.


Kata seorang ulama, “Mengakui atau bersetuju dengan kesesatan adalah kesesatan. Bersetuju atau menyokong kezaliman adalah kezaliman.”

Justeru mengakui dan mendokong sistem politik lain, seumpama sekularisme, adalah salah satu aliran yang tidak memperakui bahawa Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Mengatur segala makhluk dan buana keseluruhannya.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger