Ibrah kisah dari al-Quran, Taurat dan Injil



Sebelum menulis bab atau babak tertentu dalam novel PERANG ARMAGEDON, saya menelaah banyak buku. Antara bukunya ialah Mohammed Morsi: Khilafah Islam Kembali. Terkini saya sedang membaca buku berjudul Rampasan Kuasa Mesir: Pengkhianatan Sebuah Revolusi dan Demokrasi.

Selain mehnah di Mesir, saya juga cuba memahami apa konspirasi di sebalik kemelut di Syria sehingga mutakhir. Subhanallah! Ada benar juga komen seorang pembaca bahawa beliau persis melihat ‘masa depan’ yang benar-benar terjadi dalam novel ini.

Ilham dari Allah saya tintakan dalam sebuah novel, dengan niat agar para pembaca dapat memahami siapakah tukang rancang di sebalik tabir. Fenomena di Mesir, Syria dan seluruh wilayah Syam yang disabdakan oleh Rasulullah (SAW) bukan perkara main-main bagi umat Islam untuk memahaminya, insya-Allah.

Ingin saya berkongsi kisah sejarah dalam al-Quran, Taurat dan Injil hasil kajian dan telaah kitab. Ibrah sirah dan sejarah untuk anak bangsa dan umat Islam.

@@@@@@@

Sedutan dari novel ini

“Ya Allah!” Sampuk Fateh Sa’adi dan Cheng Hui serentak.

Kemudian Cheng Hui bertanya, “Bukankah Nightingale itu sudah musnah?” Soalan itu ditujukan khusus untuk sahabat Said dan Marjan.

Marjan memberi penerangan, “Kapal itu ditempatkan di kawasan Segitiga Farmosa, sebuah segitiga kerajaan Iblis. Saya, Said dan ramai lagi manusia, jin dan robot pernah memasuki kapal ini tatkala tercedera di medan Perang Barat-Timur selama 20 tahun itu. Ia kapal perubatan yang dibina atas perjanjian kedua-dua belah pihak sekutu paksi kejahatan itu. Sebaik kami dan semua tentera diubati atau dibaiki, kami berperang lagi. Jeneral?”

Giliran Jeneral pula memberi penerangan, “Nightingale dibiayai dan dibina oleh satu konsortium dari kalangan aristokrat paksi Barat dan Timur. Justeru ketaksuban doktrin politik mereka gagal menyekat perang, mereka bersetuju kononnya bersepakat membina kaedah terbaik; dengan meringankan derita perang di kalangan tentera, baik manusia dan robot, malah golongan jin sekalipun.

“Jadi mereka membina kapal perubatan yang bersikap neutral. Di atas kapal itu, semua tentera yang terluka dan rosak akan dirawat, kemudian dikeluarkan untuk memasuki medan perang lagi. Kapal itu dilengkapi dengan peralatan perubatan tercanggih yang tiada di mana-mana hospital lain di muka bumi.

“Nightingale dibina agar dapat beroperasi secara mandiri, sebagai mesin tunggal yang besar. Di bawah kawalan dan seliaan para pakar manusia, kapal itu secara perlahan-lahan semakin meningkat upayanya sehingga manusia sekadar pemerhati akhirnya. Menurut sahabat kita – Said dan Marjan – mereka berada dalam perut kapal itu semasa masih dalam fasa awalnya, atau masih dalam fasa pembelajaran.

“Dalam satu tempoh tertentu, seperti yang tuan-tuan fahami, kapal itu diketuai oleh jin Ifrit si Mughal itu. Justeru ia beroperasi sepenuhnya sebagai kapal perubatan syaitan, dan dikawal oleh mesin dan robot. Sejak itu para penaja tidak lagi mengambil tahu bagaimana ia beroperasi. Mereka tiada kawalan lagi, malah mereka tidak peduli, walaupun mereka yakin yang mereka sudah berbuat sesuatu yang baik untuk kemanusiaan. Perang semakin berkecamuk.”

Said menyampuk, “Nightingale sebuah kejayaan gelap.” Fateh Sa’adi, Cheng Hui, Sulaiman Pasha dan Marjan mengangguk.


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger