Saya bukan ustaz!



Bisikan cinta
mudah bicara
adakah benar bagai dikata
andai Dia sering dilupa?

Dia berkata, “Marilah hamba!”
“Aku sentiasa ada”
“tidak akan pernah lupa”
“akan engkau walau berdosa.”

@@@@@@@

Kami bergadang, jalan di garis tak terputus 
kami pergi di mana tidak ada yang berani 
warisan yang kuat lahir ke dunia ini 
bersama kami, wahai ikhwan!
Dajjal takkan telus dalam persaudaraan Islam!

Semasa sesi bicara buku dengan tema ‘Mengambil Ibrah Sirah’ atau mengambil ibrah sejarah di Ekspo Buku MARA pada 21 Mei lalu, saya nyatakan:

“Saya bukan ustaz, hanya orang biasa-biasa sahaja. Insan lemah, daif dan fakir di sisi Allah Taala. Saya sebenarnya tak pandai bercakap untuk berkongsi ilmu. Jauh lebih mudah apabila saya menulis.  Itu anugerah Allah, sedar akan diri ini hamba-Nya.

“Ingin saya berkongsi kisah sejarah dalam al-Quran, Taurat dan Injil hasil kajian dan telaah kitab. Hasrat saya ialah untuk mudahkan perkisahan melalui novel, agar anak muda dan anak bangsa tak lagi berkata ‘Bosanlah membaca kisah sejarah!’.”


Seorang sahabat menulis: Menggali ilmu umpama menggali batu, semakin dalam maka semakin berkualitilah batu itu. Namun batu yang lebih berkualiti ialah batu yang pandai digilapkan oleh penggilap batu. Untung batu tenggelam.”


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger