BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon – Sebuah sorotan


Saya dan sahabat penulis Tuan Khairy Tajudin bukan memaksa untuk menerima, tapi mohon agar kita berfikir. Salah satu kisah dalam manuskrip yang sedang giat ditukang.
Pada bulan Mei 1189, Raja Jerman iaitu Frederick Barbarossa turut belayar meninggalkan Eropah bersama-sama 150 ribu orang tentera. Jumlah ini paling besar dalam sejarah Perang Salib. 
“Menurut ramalan purba, Raja Terakhir akan menakluki Dunia Timur. Dia akan menyambut kebangkitan Jesus dan tibalah Hari Kiamat." 
Orang awam yang kagum dengan kekuatan pasukan Frederick mula menganggap bahawa dialah Raja Terakhir yang dicatatkan dalam kitab agama mereka. Doktrin Armagedon mulai dipalu gendangnya. 
“Ya, aku yakin. Dia akan membangunkan semula Empayar Rom seperti yang dibangunkan oleh datuk kita dahulu, Charlemagne.”

** Sebuah novel meniliti ibrah usaha jihad Sultan Salahuddin al-Ayyubi pada suatu masa lalu, dan kemudian menjana ceritera di masa depan. Sebuah kesinambungan novel PERANG ARMAGEDON.

Satu fakta:

Thinkers can no longer be accused of falsely believing conspiracy theories of a Zionist or Jewish plot for domination of the Middle East and the world. These plans are acknowledged by US and British journalists and the Conspirators themselves (e.g.the so-called ‘neo-Cons’) in published documents (e.g. their “Plan for the New American Century”). ‘Con’ is an apt term for these ‘plotters’ since they weave their web with lies and deceit. – Ulama kontemporari

@@@@@@

Saya kongsikan satu sub-plot novel PERANG ARMAGEDON, atas dasar bangsa itu tidak salah, tetapi kejahatannya yang harus ditentang.
"Penindasan jahat Israel terus meningkat setiap hari. Israel mencapai puncak palsu kemuliaan ketika ia menjadi negara pemerintah dunia. Namun dunia, dan kita juga, sudah dan sedang menyaksikan awal dari akhir untuk penipuan negara Zionis-Yahudi Israel itu. Semua yang Zionisme lakukan adalah untuk mengeksploitasi setiap kebohongan yang ditumpuk, kemudian dimasukkan ke dalam Taurat, Bible dan Talmud.” 
“Justeru salah saya dilahirkan sebagai bangsa Yahudi dari keturunan Bani Israel?” 
Fateh Sa’adi menguntum senyum sebelum menjawab, “Nabi Muhammad mempunyai jiran orang Yahudi, dan ada orang Yahudi yang memeluk Islam. Namun pada suatu ketika, Allah perintahkan agar semua Yahudi yang masih degil dihalau dari Madinah, maka Baginda berbuat demikian. Baginda berbuat demikian justeru kaum Yahudi jahat dan suka menyuruh berbuat jahat, bukannya justeru dia orang Yahudi semata-mata. Bangsa tidak salah. Yang disuruh benci ialah orang-orang yang memerangi Islam secara nyata.”
Yaccob mengangguk-angguk.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger