Insya-Allah,
persenjataan Briged Al-Qassam semakin hari semakin digeruni oleh tentera Israel
laknat yang sememangya tentera PALING PENGEJUT di muka bumi. Terkini setakat
saya tahu, briged jihad sudah mampu menembak roket-roket sehingga ke bandar Tel
Aviv, dan mereka juga berupaya membina dron Ababil.
Sungguh! Dalam novel
PERANG ARMAGEDON ini juga saya perikan jet perang halimunan bernama Ababil!
Saya kongsikan sebuah
plot berkaitan briged jihad Islam – Briged Al-Qasam dan Briged Syuhada Al-Aqsa - yang berdada dengan musuh-musuh Allah, Zionis-Yahudi
laknatullah.
@@@@@@@
Briged elit ini
dianggotai oleh pemuda dan srikandi berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja. Sejak
setahun yang lalu, operasi rekrut dipergiat.
Seorang Komander
memberi taklimat kepada rekrut baharu dengan berkata, “Objektif utama penubuhan
Al-Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis
yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di
Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan umat Islam Palestin.”
@@@@@@@
Beberapa peristiwa
yang terjadi memberi keyakinan kepada pucuk pimpinan briged ini yang sudah tiba
masanya mereka bergabung erat dengan para pejuang Briged Al-Qassam. Antara
peristiwa itu ialah penangkapan seorang talit barut Mossad dalam kerajaan
Palestin di Tebing Barat, dan seterusnya merungkai suatu jaringan rahsia besar
yang menjadi dalang.
Pada pertengahan abad
ke-24, Briged Syuhada Al-Aqsa di
Tebing Barat membongkar satu maklumat rahsia dan merbahaya dalam organisasi
Pihak Berkuasa Palestin. Mereka mendapati wujudnya ajen-ajen Mossad Israel yang
mempunyai ketua tersendiri.
Briged Syuhada Al-Aqsa memberitahu dalam sebuah pernyataan, “Zionis
Mossad yang bekerjasama dengan Shin Bet
(agensi keselamatan dalam negeri Israel) telah menanam jaringan mata-mata di
dalam markas besar petugas keamanan Presiden Palestin. Seorang ‘kepala ular pengkhianat
besar’ telah mengintai dan menyalurkan maklumat penting tokoh-tokoh utama, baik
dalam pihak berkuasa di Ramallah, dalam gerakan Fatah atau di tempat-tempat
lain.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment