Allah menggantung langit, terapung-apung dengan mizan-Nya. Allah menentukan sekiranya kita terbang ke luar orbit Bumi, kita akan melalui kawasan di luar kuasa graviti ... maka kita akan terapung-apung. Ya terapung dalam mizan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa.
@@@@@@@
Sahabat-sahabat pembaca sudah ramai yang berikan komentar dan ulasan terhadap novel PERANG ARMAGEDON ini. Beberapa ujana dan saranan penambaikkan turut diajukan. Saya bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana para pembaca dapat hadam sebuah karya yang dikatakan 'berat', 'sarat info', dan 'sukar' ini.
Ramai juga berharap agar ceriteranya disambung dengan sekuel. Subhanallah. Allahu-Akbar!
Satu sahaja saya harapkan, agar tuan dan cikpuan faham mesej yang ingin disampaikan. Dalam sebuah karya sastera/fiksyen, ada benda, ada isu yang harus saya - si penulis daif di sisi Allah Taala - kemukakan. Salah satunya ialah kita pelbagai bangsa, berasal dari datuk dan nenek moyang yang sama, bahawa kita masing-masing ada tanggungjawab.
Juga kena betul-betul faham yang gerembolan Zionis Yahudi dan konco-konconya menjadi hamba-hamba Dajjal dan Iblis memerangi umat Islam dan manusia seluruh dunia demi sebuah misi Armagedon yang mereka doktrinkan. Bahawa fitnah Dajjal sudah diberi amaran dan khabar semenjak era Nabi Nuh lagi kepada kaum Bani Rasib.
Ingat selalu, Islam itu sudah wujud sejak Nabi Adam, sejak Nabi Idris dan Nabi Nuh. Islam bukan untuk bangsa Melayu, Arab atau apa bangsa pun secara khusus. Bahkan Islam untuk semua, manusia dan jin yang pelbagai kaum dan warna kulit. Islam untuk bangsa Cina, India, Iban, Kadazan, Rusia, Uzbek, Pakistan, dan semua suku bangsa di seluruh dunia sehingga ke hari kiamat.
Untuk Malaysia yang satu-satunya ini, Islam bukan hak ekslusif bangsa Melayu! Itu antara mizan Allah yang diperikan dalam bentuk sebuah karya fiksyen. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Berilmu.
0 comments:
Post a Comment