Antara kelainan buku
karya fiksyen berlatar belakangkan sejarah ini ialah terdapatnya prakata,
dedikasi, pendahuluan, nama-nama watak, lampiran, glosari dan bibiografi serta
setiap bab yang dimulakan dengan petikan ayat dan kata-kata.
Pujian diberikan atas
cover grafik yang bersesuaian dengan gambaran penceritaan.
Keduanya, penggunaan
bahasa yang tinggi dan baik, berbagai kosa kata dapat ditemui dan dipelajari.
Ketiganya, buku ini
bermanfaat melalui mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh penulis, iaitu berjihad
melawan doktrin Yahudi Zionis Israel dan sekutunya.
Keempatnya, penceritaan
yang diselang-seli dengan latar masa 2487 Masihi, imbas kembali perang 20
tahun, abad 21, monolog si Mukmin yang menjadikan buku ini agak saspen dan mendebarkan
serta bersesuaian dengan tajuknya.
Kelima, penulis yang
meletakkan pejuang Islam di pihak yang bijak (termasuk teknologi canggih yang
diketengahkan) daripada pelbagai bangsa dan negara seperti Fateh Sa'adi pemuda
Melayu, Ma Cheng Hui pemuda Cina, dan lain-lain, yang bersama-sama berjuang
menentang musuh-musuh Islam.
Setelah lebih dua hari
bedah buku ini, dirasakan timbul persoalan yang tergantung. Siapakah monolog si
Mukmin? Adakah ia luahan hati penulis? Atau dari watak-watak yang terdapat
dalam buku ini? Harap ada sambungannya. Kedua, aksi-aksi tempur agak kurang
kerana ia agak didominasi oleh penceritaan tentang watak-watak, latar tempat
dan penerangan cara/fungsi teknologi yang diketengahkan.
Katiga, buku ini agak
berat dihadam oleh saya iaitu tentang penerangan cara dan fungsi teknologi
tersebut, maklumlah ilmu sains saya masih ditahap yang lemah. Keempat, latar
tempat seperti di angkasa raya agak menuntut imaginasi yang tinggi dan sukar
juga bagi saya membayanginya dengan baik. Apapun penulis telah berusaha.
Penghargaaan buat kak
Shimah Basri atas dorongannya untuk mendapatkan karya ini. Walaupun agak sukar
untukku menelaah dan menghadam intipati buku ini.
Bintang:**** (4 bintang
daripada 5)
** Ulasan dan
komentar oleh Tuan Law Wei Kiat, Bachok, Kelantan.
1 comments:
Demi Allah, apabila seorang pemuda bukan Melayu membaca novel ini dan memberi komen, satu kejutan/renjatan elektrik untuk saya. Maha Suci Allah!
Post a Comment