Ujian Allah mendatang
pagi ini, 9 September 2014. Tingkap dapur kena kopek pencuri. Hilang beberapa
item penting dan wang tunai. Antara yang dirompak ialah tab, telefon bimbit
terbaharu isteri, dompet isteri yang mengandungi wang tunai, IC, kad ATM,
lesen, hampir semua jenis charger gajet. Isteri bersedih kerana duit tunai
ketering semalam lesap bersama dompet.
Namun syukur ke hadrat
Allah Taala. Laptop yang mengandungi banyak kerja saya, dan isteri serta anak-anak
selamat. Allah belaka.
"Ya Allah, berikan
kesabaran pada kami sekeluarga. Amin ya Allah ya Rabbal ‘Alamin."
Selain kejadian hari
ini, saya mahu berkongsi kisah balik kampung kedua, yakni ke Kota Gelanggi 1,
Jerantut, Pahang pada 29 Ogos 2014. Dalam perjalanan merangkak telusuri
kesesakan jalanraya, saya berasa kereta berat di sebelah kiri. Pemanduan juga
menjadi perlahan. Menduga ada yang tak kena, saya berhenti di stesen minyak BHP
selepas plaza tol Gombak.
Rupa-rupanya tayar
belakang sebelah kiri pancit. Apabila diperiksa, ia bukan sekadar pancit, malah
terdapat wayar / besi tayar yang terkeluar. Maknanya tayar pecah. Saya dan anak
saudara mengambil masa lebih satu jam untuk operasi menukar tayar. Ada seorang
dua yang menegur prihatin. Saya menjawab, “Insya-Allah, boleh.”
Berpeluh juga dalam
samar-samar malam yang hanya diterangi lampu sekitar. Tambahan pula jarang
buat kerja ini.
Dalam pemanduan pulang
ke KL pada 1 September pula, sebelum tiba di terowong Karak, stereng kereta
menjadi berat, lampu brek dan bateri menyala. Saya mulai rasa cuak. Sebaik
memasuki terowong, saya nyalakan lampu hazardous.
Stereng tetap berat.
Saya berhenti di luar
terowong sebelum menuruni bukit. Sudah terbayang timing belt dan wang yang perlu dikeluarkan. Isteri terus menelefon
sana dan sini, dan akhirnya dapat hubungi pihak penyelenggara Lebuhraya Karak.
Trak tunda datang. Tuan pemandu trak tunda menyuruh saya buka penutup bahagian
enjin.
Saya terkejut! Tali luar
(bukan timing belt) yang memegang
bahagian penghawa dingin dan enjin putus hancur. Tuan pemandu trak itu
menggeleng kepala dan berkata, "Mujur abe. Tali ini tok masuk ke dale
enjin dan enjin tok panah lagi." Dia orang Kelantan.
Setelah berbincang
singkat, saya bersetuju agar kereta ditarik ke bengkel berdekatan, yakni di
perjalanan ke Janda Baik. Usai berbincang dengan pomen bengkel dan bersetuju
dengan bayaran, tuan pemandu trak tunda dan seorang pembantunya kembali pulang.
Saya dan isteri
beristighfar, dan mengucap syukur ke hadrat Allah Taala. Alhamdulillah.
Subhanallah. La hawla wala quwwata illa billah.
Kejadian itu bunyi macam
biasa. Namun semua dalam lindungan Allah Taala, tiada kemalangan terjadi. Saya
sekeluarga selamat tiba di Kg. Pandan Dalam, KL, hampir 6 jam sejak bertolak
dari Kota Gelanggi 1.
Allah belaka.
@@@@@@@
Cerita Nabi Nuh. Grafik gambar
kapal ini teringat kenangan datuk nenek kita yang dahulu mengerjakan Haji ke Makkah dengan menaiki kapal. Moga semua jemaah haji tahun ini mendapat Haji Mabrur.
Amin.
Sebuah novel ibrah sejarah berilustrasi. Sudikan klik grafik
untuk membeli secara online pada kadar diskaun 15% melalui laman web penerbit
Must Read.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment