Malam tadi (9 Sept.
2014) sekitar jam 10.00 malam, seorang Sarjan dan jurufoto polis dari Balai
Polis Ampang Jaya datang membuat siasatan atas kes masuk dan mencuri (merompak) yang
isteri saya laporkan. Dari bualan saya bersama Sarjan itu, nyata kes pecah
masuk dan merompak rumah-rumah sekitar Ampang, Selangor banyak berlaku.
Sempat juga 'menjual'
hasil tulisan saya sambil menunjukkan beberapa judul novel. Sarjan bertanya
beberapa soalan berkenaan dunia penulisan yang saya ceburi. Nampak dia teruja.
Dari satu sudut, saya
ucapkan terima kasih kepada pejabat Balai Polis Ampang Jaya kerana bertindak
atas aduan. Namun, terfikir sejenak. Adakah kejadian jenayah yang meningkat ini
ada penyelesaian? Terfikir hukum hudud, qisas dan takzir.
Kisahnya di sini.
Allah belaka.
** Foto: Bahagian yang dimasuki si perompak pada pagi 9 September. Ada tanda bekas mengesan cap jari di cermin tingkap dapur oleh polis.
Insya-Allah, sudikan mampir ke kedai buku MPH One Utama, Petaling Jaya untuk sesi bedah dan sembang buku, 20 Sept. 2014. Sesi saya untuk novel Nakhoda Agung seperti tertera di poster.
@@@@@@@
Insya-Allah, sudikan mampir ke kedai buku MPH One Utama, Petaling Jaya untuk sesi bedah dan sembang buku, 20 Sept. 2014. Sesi saya untuk novel Nakhoda Agung seperti tertera di poster.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment