Set kombo Kenali & Cintai Rasulullah dari MUST READ SDN BHD. MIliki empat buku perihal Rasulullah SAW pada satu harga yang berbaloi beli.
1. Manisnya Tawa dan Gurau Senda Rasulullah
2. Ketika Gugurnya Air Mata Rasulullah
2. Ketika Gugurnya Air Mata Rasulullah
3. 50 Sup Champion Resepi Rasulullah (Web Sutera)
4. Sirah Peperangan Rasulullah
Harga: RM75.00, pautan info: http://bit.ly/CintaiRasulullah.
Mengenai buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah SAW, seorang pembaca
bernama Aina Dayana Hilmi
memberi komen seperti di bawah pada 13 November 2014 di Goodreads Malaysia.
Bismillahirrahmanirrahim. Nama tuan Web
Sutera mula saya kenali sekitar tahun 2008 - 2009 ketika saya mula-mula membuat
blog ini dan mula aktif di laman sesawang Goodreads. Atau mungkin juga saya
secara tidak sengaja berkunjung ke blog beliau semasa mencari ulasan-ulasan
buku yang menarik.
Namun awalnya saya agak keliru ketika berkunjung ke blognya. Menurut
pengenalan di blog, beliau menjalankan bisnes katering, tetapi mengapa ada
ulasan buku? Agak bercampur-campur entrinya. Demikian telahan saya yang baru
mengenali dunia blog.
Setelah beberapa tahun, mengetahui beliau telah menulis beberapa buah
buku membuatkan saya rasa teruja kerana telah mengikuti tulisannya di blog dan
Goodreads. Saya pernah membaca Berfikir
Gaya Champion dan kini berpeluang membaca naskah ini yang dipinjam dari
Perpustam.
50 bab di dalam ini memberi persepsi kepada saya betapa luasnya ilmu,
pengalaman dan pemerhatian beliau terhadap kehidupan ini. Maklumat yang
diperolehi oleh beliau melalui pembacaan digarap dan disesuaikan mengikut tema
dalam sup champion.
Acap kali juga saya berhenti membaca, merenung perkongsian beliau dan
akhirnya mengangguk tanpa sedar menyetujui kata-kata beliau.
Suka membaca pengalaman beliau dalam perniagaan katering, nasihat agama
buat saudara semuslim, pengalaman beliau menghadapi cabaran hidup serta untaian
puisi yang diselitkan hampir di semua bab.
Tidak lupa juga apabila saya ternampak lokasi tempat tinggal saya di
dalam buku ini - Teluk Mas (Melaka). Wah, sehingga ke sini tuan membuat
katering ya! Rasa mahu tahu juga bagaimana tuan sampai ke sini.
@@@@@@@
Ini pula catatan saya dalam Facebook. Insya-Allah, saya kongsikan.
Ya .. ada
orang tanya. Fasal pakai kopiah. Teringat ustaz semasa dalam tingkatan 5 dulu
yang sentiasa pakai kopiah putih. Ustaz jawab, "Paling kurang pun saya
akan malu dengan kopiah sekiranya berniat tak baik dalam perkara
tertentu."
Jawapan
saya pula, "Paling tidak pun saya cuba amalkan sunnah Rasulullah SAW sebagai
satu manifestasi syiar Islam. Walaupun sedar diri ini banyak dosa, maka paling
busuk menyedari diri ini akan solat dan tanggungjawab."
0 comments:
Post a Comment