Hari Sabtu lepas setelah
usai menghadiri majlis walimah sepupu isteri, saya ke pusat membeli belah Viva
di Cheras. Satu tujuan mutlak - memburu buku RM5 sebuah. Hasilnya, novel ini
salah satunya.
Saya baca sepintas
lalu. Sungguh Islam dan pejuang jihadnya dihina begitu rupa! Allahu-Akbar! Dalam
novel ini mesejnya jelas, bahawa Perang Armagedon dan rentetan tempur yang
menyusul adalah 'kejahatan jihad Islam yang wajib dihancurkan'. Itulah doktrin
yang ditanam ribuan tahun, demi melanyak dunia dan umat
Islam, demi membunuh semangat jihad yang ada dalam al-Quran untuk selamatkan
dunia yang barbarik di bawah teraju Zionis-Yahudi dan sekongkol Rom-nya.
Maka, salah satu
mesej dalam novel saya - PERANG ARMAGEDON -
adalah untuk menyangkal doktrin ini, untuk cerminan perang besar dari sudut
pandang Islam yang benar. Insya-Allah, beberapa kesinambungan novel ini bakal
menyusul dalam bulan-bulan mendatang.
Saya kongsikan salah
satu fakta besar berdasarkan tafsir hadis, di bawah.
Setelah kehadiran dan
pengisytiharan Imam Mahdi, ratusan negara-negara majoriti umat Islam akan
menyokong dan mendukung beliau. Baiat taat setia akan datang berbondong-bondong
ke Makkah dan di mana sahaja beliau berada. Kemudian misi pembebasan akan
dirintis terhadap negara-negara umat Islam yang penguasanya tidak mahu berada
di bawah naungan Islam.
Kemudian dalam satu
tempoh masa, suatu tempur sangat besar dan menyeluruh, yang disebut oleh
Rasulullah SAW sebagai Malhamah al-Kubra, akan tercetus. Ia perang akhir zaman
– yang benar-benar terakhir – di antara tentera jihad muslimin di bawah
komandan Imam Mahdi di satu pihak, melawan ketumbukan besar tentera pimpinan
Dajjal dan kaum Zionis-Yahudi.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment