Masjid Nurul Hidayah Kg.
Pandan Dalam, Selangor, malam 1 Disember 2014 semasa menunggu penceramah
undangan (bukan ustaz) yang akhirnya tidak dapat datang. Saya berbual-bual
dengan dua orang sahabat. Perihal Melayu dan isi kuliah Subuh sebelumnya oleh Ustaz Syahril
Long menjadi topik.
Pada suatu sela, saya
berkata, “Dalam pemerintahan Islam, kita nak ikut siapa, kalau bukan Rasulullah
SAW dan para Sahabat Khulafa ar-Rasyidin? Baginda Rasulullah, seperti kita
tahu, adalah al-Quran berjalan di sepanjang hidupnya. Begitu juga para
pemerintah Khulafa ar-Rasyidin yang empat, di sepanjang hidup mereka, al-Quran
berjalan menjadi darah daging. Setiap apa yang mereka perbuat, ada dalam
al-Quran. Mereka patuh dan taat.”
Seorang sahabat
menjawab, “Yalah! Siapa lagi nak kita ambil contoh, kalau bukan mereka. Begitu
juga Sahabat-sahabat yang lain. Semua mereka amalkan apa yang mereka tahu dalam
al-Quran dan sunnah Rasulullah diamalkan secara benar.”
Saya berkata lagi,
“Ingat sejarah Khalifah Abbasiah, di ketika khilafah Islam bangsa Arab itu
lemah, siapa yang diutus Allah untuk Islam bangkit semula?”
Kedua-dua orang geng
masjid itu termanggu-manggu. Seorang menjawab, “Kejap .. aku ingat ... tapi dah
lupa.”
Seraya saya tersenyum
lalu menjawab, “Salahuddin al-Ayubbi. Dia bukan berbangsa Arab, tapi Kurdis.”
“Ya. Ya, Salahuddin,”
kedua-duanya mengangguk hampir serentak.
“Islam bangkit semula di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayubbi, walhal
dia bangsa Kurdis. Jadi bangsa akan cemerlang andai Islam didaulatkan.”
Rakan kedua memberi
komen, “Ya, bukan perjuangan bangsa yang diangkat. Bukan Melayu yang diangkat,
tapi Islam dahulu yang diselaraskan dalam daulah.”
Saya menambah,
“Kesultanan Melaka pun gemilang kerana Islam. Malap kemudiannya kerana sultan
mula melupai Islam yang ditata dalam pemerintahan sultan-sultan terdahulu.”
Kemudian saya katakan,
“Khalifah Umar al-Khattab pernah berkata, ‘Bangsa Arab maju dan gemilang kerana
Islam’.”
Diskusi kami diteruskan
sehingga bilal berjalan ke pejabat masjid untuk azan Isyak dikumandangkan.
Untuk
info, seorang sahabat saya itu bukan Melayu.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment