Lestarikan Jihad


3 Februari 2015, selepas program di Sek. Keb. Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam saya bersama dua rakan penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd sekali lagi ke Pesta Buku Selangor 2015 (PBS2015). Di sekolah itu, jualan dan perkongsian ilmu bersama para guru dan ibubapa berlangsung.

Foto 1: Saya sedang autograf dua buah buku yang dibeli oleh puan ini – Berfikir Gaya Champion dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah. Kemudian sembang menjadi agak panjang.

Foto 2: Bersama Ketua Editor MUST READ SDN BHD (tengah) yang ramah dan penulis Ustaz Mohd. Kamel di PBS2015. Di bawah payung Must Read, setakat ini saya hasilkan 3 judul buku:

1) 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (cetakan ke-2).
2) Hijrah Champion Gaya Rasulullah.
3) Novel sejarah berilustrasi, Nakhoda Agung.

Usaha dakwah ini akan diteruskan selagi ada kudrat pinjaman Allah Taala.

Ibrah sejarah dalam novel 

Insya-Allah, di ketika banyak sembang dengan pembaca, saya sering nyatakan:

1) Kaedah penulisan saya berbeza, dengan ibrah diberi penekanan di sebalik kisah. Namun cerita sejarah yang melakar mercu tanda dunia tetap ditulis mengikut acuan dan dalam disiplin kajian ilmu hadis dan al-Quran, dengan rujukan tafsir/kajian cerdik pandai dahulu dan kontemporari.

2) Saya mengisih dakyah Zionis-Yahudi dan elemen atau riwayat Israelliyat agar tidak dimasukkan di dalam dialog novel. Tambahannya ialah saya adakan plot perbincangan atau seumpamanya untuk memberi pencerahan akan wujudnya doktrin jahat puak kuffar.

3) Saya menulis dengan teknik penulisan yang berselang seli dengan flash back, fast forward, real time, between dimension dan beberapa teknik lagi. Saya menulis bukan main-main, insya-Allah.

 ** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger