Ini
soal cinta. Tetapi bukan cinta antara lelaki dan perempuan, bahkan cintanya
jauh lebih besar. Dalam kemelut petaka taburan musuh-musuh Islam, tetap ada
manusia mukmin yang tidak tenggelam.
Dalam
pudarnya kemanusiaan dan bercambah kerakusan, dasawarsa alam melihat wilayah
umat Islam berpadu tekad memacu kemajuan dunia, dalam kancah yang tertampak
meredam. Kemajuan mencari redha Allah dan menjaga amanah. Bukan sekadar
menunggu munculnya Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa, melainkan berjerih perih
bersedia berdada dengan musuh yang mahu terus menabrak jantung hati manusia –
nilai-nilai murni tatacara hidup Islam dan anak-anak muda.
Novel
ini adalah prekuel kepada PERANG ARMAGEDON, gabungan sejarah dan futuristik.
Kekalahan Nasrani/Kristian di Baitulmaqdis pada era Sultan Salahuddin al-Ayyubi
didogmakan sebagai Armagedon bagi dunia Kristian Barat, akibat hasutan
Zionis-Yahudi. Dogmatik ini mendarah daging di dalam jiwa penjarah umat Islam,
sehingga mutakhir.
Namun
janji Allah Maha Benar. Kelak dunia akan bersaksi.
Cinta,
thriler, dunia berhijab dan Armagedon ... medan tarung berdarah! Mampukah
mereka menjaga iman?
** WEB SUTERA.
** WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment