Sedikit di akhir zaman


Lama sudah Rasulullah (SAW) memberi ingat. Hukum Islam dan syariat dengan mudahnya dipermainkan oleh semua pihak - pemimpin 'Islam', orang Islam, geng munafik dan non-muslim. Kita dihina bangang, dituduh tolol serta ditohmah jumud dan tak ikut peredaran masa.

Walhal masa itu adalah milik Allah, dan hanya Dia yang berhak menghukum. Orang yang menghina hukum-Nya - Islam, munafik dan non-muslim - juga akan menerima hukuman.

Aku hanya hamba Allah yang hina lagi daif. Masya-Allah. Subhanallah!

Akhir zaman ... susah dan payah untuk menjadi Islam sejati. Sukar dan penuh duri untuk berjalan dengan mengibar panji dan syiar Islam. Kiri, kanan, depan dan belakang ... umat Islam dihina, dikata tolol dan bangang.

Apabila hukum Islam seperti hudud dipermainkan di parlimen dan media di Malaysia. Dan sekian lama geng kuffar Barat mempermainkan hukum Islam dan Negara Islam dalam filem, novel dan media elektronik. Jadi dakyah dan doktrin Zionis-Yahudi dan konco-konconya sudah berjaya dengan sekongkol 'pimpinan beragama Islam' di Malaysia. Apa beza?

Aku bukan orang alim pun, bahkan banyak dosa di sisi Allah. Tapi hukum Islam apabila diorkestrakan sebagai bahan sinisan, aku menjadi marah!

Namun adakah kita akan mengalah? TIDAK sama sekali! Kerana Rasulullah (SAW) sudah memberi ingat, bahawa Islam dagang di akhir zaman serta nampak sedikit. Tetapi yang sedikit itulah Rasulullah (SAW) cintai.

Ini antara mesej dalam novel PERANG ARMAGEDON dan prekuelnya BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon. 

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger