Selama dua hari saya
berada di ruang legar dalaman Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur
untuk program Temasya Masjid Ar-Rahman (TAMAR). Mulanya, pada hari pertama 23
Mei, saya ke ruang parkir di bahagian belakang masjid ingin buka meja dan bonet
kereta untuk jualan buku-buku. Usya punya usya, alih-alih semua yang membuat
jualan di situ balik sebelum jam 3.00 petang. Sebabnya ialah tiada orang pergi
ke situ kerana, pada hemat saya, ruang langsung tak
strategik. Jadi saya pun membawa buku-buku ke bahagian dalaman masjid.
Peluang menjual buku/novel di ruang legar dalaman masjid berbaloi dari banyak sudut. Berkongsi ruang niaga penerbit Galeri Ilmu, saya bertemu, bersembang, menjual dan autograf buku-buku yang sahabat pembaca beli. Juga peluang mempromosi diri yang bersedia berkongsi cerita dan pengalaman di sesi motivasi dan acara buku.
Alhamdulillah. Masya-Allah! Di hari pertama
juga, saya menerima kunjungan seorang sahabat Cina, Devlender Yeoh. Dia membeli
tiga buah novel ibrah sejarah terbitan Galeri Ilmu, dan saya hadiahkan novel
keempat bersama Must Read - Nakhoda Agung (kisah bahtera Nabi Nuh dan
melapetaka besar di waktu itu). Dia berkata, “Tuan, ini kali ketiga saya masuk
masjid.” Pada mulanya saya tak perasan semasa dia menegur di ruang parkir
belakang masjid. Allahu-Allah! Dia kenakan pakaian sangat sopan. Kemudian
bualan kami panjang, lebih satu jam.
Hari pertama saya berada di masjid sehingga
hampir jam 10,00 malam, disamping mendengar kuliah Maghrib, dan sesi perkongsian
mengenai buku. Pada hari kedua, jualan saya dan Galeri Ilmu bertambah rancak.
Alhamdulillah. Saya tetap bersedia turun berjuang, insya-Allah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment