Kami menulis bukan main-main, dan bukan main kami menulis!

Sudah beberapa kali saya berserta teman-teman yang komited dalam dunia penulisan anjurkan bengkel. Ia sebuah bengkel asas penulisan dan perkongsian pengalaman, juga panduan untuk mulakan langkah menulis, sama ada novel, buku non-fiksyen atau rencana. Bagi saya, menulis bukan satu kerja mudah. Walaupun demikian, andai tidak dimulakan maka ia menjadi sekadar angan-angan yang agak sukar untuk digapai.

Pasukan kami bersedia untuk bercerita tentang kaedah dan bagaimana untuk mulakannya. Insya-Allah, saya secara peribadi ingin berkongsi agar tuan dan cikpuan bersedia meninta ceritera di kanvas masyarakat, mencatat kembara agar dibaca oleh khalayak.


Jom sertai bengkel kami seperti berikut:
Tarikh: 16 Mei 2015.
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Akademi Tahfiz Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Yuran: RM150.

Jika berminat, mohon beri nama dan nombor telefon ke inbox atau SMS/Whatsapp 019-4702839. Tempat terhad untuk 30 orang sahaja. Berita baik ialah untuk 10 orang terawal bagi nama akan diberikan sebuah e-buku percuma – “Dari Idea Menjadi Duit” dan “Menyemai Benih Rezeki”.

Sungguh, usaha itu wajib sebelum bertawakal. Sudikan untuk PM atau Whatsapp 019-4702839

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger