Ibrah Sejarah - Champion seorang pejuang



"Harapan saya setiap hari hanyalah untuk melihat tertegaknya Islam sebagai agama yang syumul di bumi Malaysia ini. Sudah terlalu lama sekular berakar umbi dalam politik sehingga mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Jika dibiarkan berterusan, Melayu pun tidak terbela, Islam pun entah ke mana." - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam mesej ringkas tahun baharu 2013 

Warkah atau tauladan Champion dari seorang pejuang; Laksamana Zaganos Pasha, seorang laksamana di era pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh.

Dalam satu peristiwa, beliau melompat dari tempat duduk dan menumbuk meja. Lalu dengan suara yang lantang, beliau berucap, “Saya tidak bersetuju! Sama sekali tidak bersetuju! Wahai Sultan, apa yang dinyatakan oleh Tuan Wazir itu sebagai air yang memadam semangat dan anak panah yang membunuh keberanian. Kata-kata itu bakal membawa kegagalan dan kerugian.

“Iskandar Agung yang bergerak dari sejauh Yunani begitu tegar terus mara ke benua India, walaupun pada mulanya ada tentangan dari beberapa orang jeneral perangnya. Beliau sudah membebaskan separuh benua Asia dengan bilangan tentera yang tidak banyak mana, berbanding kita.

“Saya yakin yang hadis Rasulullah itu benar! Saya yang asalnya beragama Nasrani ini sudah nekad, matlamat jihad ini adalah mulia! Jika tentera Iskandar Agung itu boleh, mengapa tentera kita tidak boleh? Adakah tentera kita tidak ada kebolehan merempuh benteng-benteng itu?" 

** Dipetik dari buku Hijrah Champion Gaya Rasulullah (SAW).

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger