Apa ada pada jerebu

Semalam jerebu, hari ini jerebu .... 2 minggu lalu jerebu. Apa ada pada jerebu? Saya tetap raikan majlis pelancaran buku Hanya Dia Untukku di UPM semalam, Jumaat 23 Okt. 2015. Okey jerebu. Kita salahkan Indonesia, sedangkan orang sana salahlah kita. Saling salah menyalah, apa dapat? Wujud saling tak percaya, ditebalkan lagi dengan sentimen kenegaraan. Walhal kita serumpun, majoriti beragama Islam. Siapa yang seronok kita saling tak percaya? Cuba renungkan baik-baik.

Cuba lihat dari sudut lain, bahawa jerebu itu adalah amaran dari Allah. Amaran Allah untuk kita (baca: pemimpin yang kat atas dan rakyat). Apa barang kalau tak mahu sedar juga? Ingat planet Bumi ini hak mutlak kita? Boleh sahaja kalau Allah titahkan angin dan hujan habiskan jerebu itu. Tapi kita lihat tidak begitu, kan? Jadi ... kena sedar Bumi ini milik mutlak Allah, kita hanya hamba-Nya. Justeru, tak reti-reti lagi nak betulkan mana yang bengkok?

Haih! Saya dah membebel, sorry! Okey ... semalam saya ke UPM raikan sahabat dan dunia buku. Kesempatan mendengar celoteh dan ulasan SN Dato’ Kemala memang best! Majlis pelancaran novel Hanya Dia Untukku sehingga saya ‘dibahan’ oleh teman-teman seperti di screen capture di atas.

Kau orang nak bahan saya juga, silakan. 

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger