Mereka
kata (baca: juak-juaknya) karya Barat adalah manifestasi keadilan sejagat,
bahawa sasterawan dan politikus mereka amalkan demokrasi tulen. (Tapi mereka
sememangnya gerembolan tikus bersalut bulu kucing yang cemar). Juga mereka kata
amalkan konsep persamaan tanpa melihat warna kulit, beza budaya dan berlainan
anutan agama. Kemudian turut dicanang ialah mereka mengkaji dan berjalan ke
dunia Timur, untuk meneliti tamadun di sana. Kata mereka, dunia Timur penuh
mistik dan ada banyak nilai-nilai tersembunyi.
Lalu
dengan rasa tenggungjawab kemanusiaan, mereka kata usaha sungguh-sungguh dibuat
untuk ‘memurnikan’ Timur, dan justeru itu mereka bergelumang dengan bahaya dan
banyak sulitnya. Aku bersimpati, dan percaya itulah niat murni mereka.
Namun
... akal aku ada kalanya mengatakan tidak. Entah ... entah dari mana munculnya
rasa itu ... pastinya dari Allah belaka. Lalu aku tuangkan hati ini, membuka
minda dan jati diri untuk mengkaji apakah kandungan sastera mereka.
Nyata
kemudiannya, apa yang mereka nyatakan jauh panggang dari api. Yang ada banyak
ialah dunia Timur, terutamanya Islam, diburukkan, dicaci hina dan disalut
dengan dendam kesumat.
Ya
... kesumat Yahudi yang diambil oleh mereka. Doktrin ‘bangsa terpilih’ diserap
menjadi sebahagian kandungan aliran darah mereka, terbius dengan Zionis-Yahudi,
yang di sebaliknya arca Dajjal tidak ternampakkan.
Etika
‘murni’ yang dimomok itu nyata merekalah yang busuk lagi jahat impiannya. Tapi
anehnya, ramai manusia yang tergoda dengan fatamorgana itu. Peliknya bau-bau
tengik filem, buku, budaya dan dunia sastera Barat masih tetap dicicip mesra
tanpa mahu mengambil iktibar, bahkan oleh khalayak di belah Timur pun.
Mengapa?
Aku menyoal diri ini dan kawan-kawan. Aku tak kata salah sama sekali
membacanya, kerana aku juga turut membelinya. Cuma kena buka minda, dan
lebih-lebih lagi pintu nurani. Menadah boleh, tapi percaya seratus peratus
adalah sikap yang akan menjerumus diri ke lembah durjana.
Media
mereka, sudah lama menggulit kita dengan irama syahdu, menjadi selimut sedap,
siap dengan penghawa dingin sekali. Maklumlah, dunia Timur majoritinya beriklim
panas, maka selimut sejuk itu membeku dalam lena panjang. Allahu-Akbar!
Dari
sebulan demi sebulan, aku dapat mencari makna itu. Yakni khalayak terbius
rasanya kerana akal dikawal nafsu, kerana Iblis kekal menyebarkan neon-neon
kepalsuan yang ditanggap manusia sebagai indah, sebagai syurga. Walhal itulah
tipu daya bagi menyeret manusia ke lembah neraka, dan sambil menunggu Dajjal
muncul di persada dunia.
Kepalsuan
Barat itu (bukan semuanya ya) tercermin dari karya-karya seni mereka. Belantara
hitam menyesatkan manusia dari agama langit tulen, lantas asal-usul kejadian manusia
dan jin diheret bersama hanyir yang tidak boleh ditutup lagi ... bagi yang
sedar. Lalu terbukalah jendela jelaga hitam, dan kemudian angin jahat meniup
jelaga itu menutupi jagat pemikiran kita umat Islam.
Tak
sedar-sedar juga? Hey, iman!
Duhai
kedua-dua mata
menangislah
untukku
buat
penghapus dosa
kerana
umurku berserakan dari tanganku
dan aku
tiada ilmu
bagi
sebuah tahu yang menjadi rahsia-Nya.
** Sambungan kisah KONSPIRASI MAHARAJA di sini. Bukan sekadar cerita, insya-Allah.
** Insya-Allah ikhlas dari hamba Allah yang daif di sisi-Nya, Web Sutera.
0 comments:
Post a Comment