“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada
mereka: 'Sesungguhnya tanda kerajaan Thalut itu (yang menunjukkan benarnya dari
Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang
memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa
yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabuk itu
dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi
satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman’.” (Al-Baqarah 2:248)
Walaupun
ada sekumpulan besar Bani Israel dengan hasutan suku kaum Yahuda menentang
pelantikan Thalut sebagai raja, akhirnya mereka menyokong, apatah lagi apabila
Thalut menang dalam peperangan. Sebagai pengukuh kebenarannya, Thalut mampu
kembalikan Tabut suci itu walaupun ia hilang lebih 500 tahun terdahulu.
Kemudian
di era Nabi Daud sebagai raja, baginda menyimpan Tabut di dalam perbendaharaan
kerajaan. Untuk itu juga baginda membina sebuah Haikal, yakni istana tempat
ibadah, sebagai tempat khas menyimpannya. Namun tatkala mereka membuka Tabut
itu, alangkah terkejutnya mereka lantaran hanya ada dua keping lembaran sahaja
yang tertinggal
Sesetengah
sejarawan mengatakan yang tertinggal hanya tujuh atau sepuluh sahaja yang ada
di dalam Tabut itu. Dari sini dapat dibuat kesimpulan bahawa sandaran atau isi
kandungan kitab Taurat sudah terputus. Justeru kaum Yahudi sekarang ini tidak
memiliki naskhah lengkap syariat yang terkandung dalam kitab Taurat asal
seperti mana yang diwahyukan kepada Nabi Musa.
Mengikut
para ulama Islam dan sejarawan yang komited, kandungan kitab Taurat yang ada di
tangan Yahudi sekarang ini sarat dengan tambahan, penyimpangan bahkan
pengurangan yang ketara. Di dalamnya ada pelbagai kebatilan dan pembohongan
yang ditolak akal dan dalil agama. Ayat-ayat yang ditulis oleh tangan-tangan
pendita Yahudi yang sekadar ‘dengar-dengar’ tanpa keabsahan itu penuh dengan
kisah yang menghina para nabi dan rasul, juga penipuan kisah orang-orang yang
mereka sucikan. Bahkan menghina Allah Taala tanpa adab dalam banyak perkisahan.
Mungkin
juga – boleh dibuat hipotesis – yang kandungan Taurat yang ditulis itu
dibisikkan oleh konco-konco Iblis di sebalik tabir yang sudah bersumpah akan
jahanamkan umat Nabi Adam. Bukankah para jin ada yang boleh terbang dan
mendengar berita dari langit tentang manusia sebelum lahirnya Nabi Muhammad
SAW? Sebelumnya mereka mencuri dengar berita dari langit dan bersekongkol
dengan para dukun untuk menyesatkan manusia.
“Dan bahawa sesungguhnya kami telah
berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan
pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api
yang menyala. Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat
(perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang
sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu
merejamnya.” (Al-Jinn
72:8-9)
Menurut
ulama, “Taurat tidak memiliki pindahan (sanad) periwayatan yang bersambung satu
sama lain sehingga sampai kepada Nabi Musa.”
Menurut
catatan sejarah, kandungan kitab Taurat tertua yang ditemui ialah pada abad
ke-2 Sebelum Masihi. Jaraknya ialah sekitar 14 abad semenjak Nabi Musa diangkat
menjadi rasul. Maka sebahagian besar kandungan atau lembaran Lauh-lauh itu
sudah hilang, dan Taurat yang ada sebagai Old
Testament hanyalah tulisan pendita Yahudi yang langsung tidak boleh
dipercayai
** Sudikan baca fragmen novel online di SINI. (Catatan dan watak ini adalah fiksyen dalam novel saya).
** Sudikan baca fragmen novel online di SINI. (Catatan dan watak ini adalah fiksyen dalam novel saya).
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment