Islam
adalah teroris. Jubah, jambang, niqab adalah teroris. Masjid dan madrasah
adalah teroris. Jihad adalah teroris!
Huh!
Amat berjaya sekali! Namun begitu ..., dia bengang juga. Entah apa jadahnya,
semakin dunia Islam diserang, semakin ramai pula warga Eropah yang memeluk
Islam. Semakin ramai rakyat Rom yang bersimpati dengan Islam dan penganutnya.
@@@@@@@@@@
Seorang musafir
bernama Jubir bin Muth’im dari Makkah menuju ke Syam untuk berniaga. Sebaik
tiba di Syam, seorang paderi Nasrani bertanya, “Adakah kamu berasal dari
Makkah?”
“Ya,” jawab Jubir bin
Muth’im.
“Adakah kamu
mengenali seorang yang mendakwa dirinya sebagai Nabi dan Rasul Akhir Zaman?”
“Ya,” jawab Jubir bin
Muth’im tanpa berselindung.
Apabila pasti dengan
jawapan itu, lalu paderi itupun membawa Jubir bin Muth’im masuk ke dalam sebuah
gereja yang dipenuhi patung-patung.
Paderi bertanya,
“Adakah kamu lihat ada antara patung-patung ini sama dengan wajah seperti
Muhammad?”
Setelah mengamati
semua patung itu, Jubir bin Muth’im menjawab, “Tidak ada.”
Kemudian paderi itu
membawa Jubir bin Muth’im ke gereja lain yang lebih besar dan lebih banyak
patung-patung.
Maka terperanjatlah
Jubir bin Muth’im apabila dia melihat ada patung yang serupa dengan wajah Nabi
Muhammad SAW, bahkan bentuk tubuhnya juga. Bersamanya ialah patung Abu Bakar
as-Siddiq.
Paderi bertanya, “Adakah
ada antara patung-patung di sini sama seperti Muhammad?”
“Ya ada.”
“Boleh kamu tunjukkan
kepada aku?”
“Aku tak akan
tunjukkan kepada kamu, melainkan kamu dahulu yang menunjukkannya kepada aku.”
Paderi itu lalu
menunjukkan dahi patung itu dan berkata, “Ini Muhammad, dan di belakangnya
ialah Abu Bakar.”
Nota: Mungkin
ada yang tertanya-tanya di manakah sumber kisah patung dan lakaran Nabi
Muhammad SAW itu. Insya-Allah, ia kisah yang dipetik dari kitab ulama muktabar,
juga dipetik semula oleh Ustaz Muhadir Haji Joll.
Buku Q&A Perihal Rasulullah SAW
Insya-Allah!
Ringkas, padat dan warna-warni. Best!
Mudah difahami bagi pembaca yang mahu mencari sepintas lalu mengenai susuk
manusia agung ini. Sunnah Baginda juga banyak diceritakan.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment