Cuaca
panas. Mahu hujan kot, monolog saya. Okey .. naik atas sekejap, usya line. Ada
suara kedengaran. Naik lagi. Eh? Lihat, baca dan tanda. Kemudian saya turun
kembali ke bawah, Amir sedang memparkir kereta. Saya melihat semula nama
sekolah: Sek. Ren. Islam Sri Awfa, bersama tulisan Cina.
“Amir,
kau nak tahu? Ini sekolah Cina!” Saya memberi laporan.
“Apa cerita?” Amir bertanya.
“Sekolah Cina Muslim.”
“Oooo. Alhamdulillah.”
Tanda lokasi bertulisan bahasa Inggeris dan Cina (mungkin Mandarin). Menarik dan agak berlainan. Okey ... saya usya lagi.
“Apa cerita?” Amir bertanya.
“Sekolah Cina Muslim.”
“Oooo. Alhamdulillah.”
Tanda lokasi bertulisan bahasa Inggeris dan Cina (mungkin Mandarin). Menarik dan agak berlainan. Okey ... saya usya lagi.
Setelah
susun buku-buku, saya mendengar sesi celoteh kolumnis Majalah
Anis, Pak Utih dengan tajuk ‘The Difference Between Boys and Girls
in Learning’.
Maka
jatuhlah titisan ilmu dari ruang pemikiran beliau. Saya dengar, teliti, cicip
dan kaut masuk ke dalam otak. Ada senyum dan ketawa dalam sesi itu. Lelaki dan
kotak-kotak, isteri dan telinga lintah serta sifat membebel, lelaki pekak
sebelah, didik anak lelaki dan perempuan ada bezanya, dan banyak lagi.
Slaid
berganti slaid, kisah bersulam pengalaman, ilmu dan kajian sains mutakhir.
Bahawa kita – lelaki dan wanita – sememamangya dicipta oleh Allah Taala
berbeza. Lantas pada suatu sela saya berbisik kepada Amir, “Saya pernah tulis
satu rencana mengenai gender equality di antara lelaki dan wanita, bahawa itu
adalah agenda Yahudi-Barat. Islam dah angkat wanita pada tahap tertinggi sejak
datangnya Nabi Muhammad SAW. Apa yang dia orang nak ialah, antara lain, apabila
lelaki tak pakai baju, wanita juga boleh tak pakai baju di khalalak ramai. Itu
agenda Iblis!”
Amir
sekadar tersenyum. Sesi selesai dengan tepukan. Wah power! Sesi perkongsian ilmu
yang ada power! Pak Utih memang power. Sesi slot bersama Pak Utih di dewan
Laksamana Haji Cheng Ho, surau juga bernama Cina (saya tak ingat apa dia), dan
semua kertas tanda (signage) juga bertulisan bahasa Inggeris dan Cina.
Kemudian
sesi pelancaran buku Suami Hensem Isteri Osem terbitan Galeri
Ilmu Sdn Bhd di
Sek.Ren. Islam Sri Awfa, Seremban 2, Negeri Sembilan.
Selepas
itu sesi berkenalan dan jual diri (juga jual buku). Saya jual ... saya hulur
kad nama ... saya senyum ... saya cerita (walaupun dalam malu-malu). Berkenalan
dengan pengerusi majlis amanah sekolah Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin memang
menarik. Berbual dengan Tuan Mohd. Shah (juga berona wajah orang Cina). Tuan
Mohd. Shah pegang novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji Al-Fateh tanpa
banyak soal, lalu hulur untuk saya tandatangan. “Untuk anak saya,” katanya.
Mata
melirik kepada ibu-bapa yang membeli buku Berfikir
Gaya Champion. Wah power! Mencicip ilmu memang best. Meraikan Pak
Utih memberi banyak input untuk diri ini. Masya-Allah, tabarakallah!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment