Sabtu
7 November 2015, seawal pagi sebelum pukul 9.00 kami bertiga mulakan perjalanan
ke Wangsa Melawati. Entah apa jadinya, mahu ke Sekolah Al-Amin pun makan masa
sejam lebih – sesat barat jadinya. Tiba juga akhirnya. Habuan nasi lemak RM2 bersama
minuman panas teh tarik dan teh o menjadi penyejuk jiwa.
Kami
raikan sahabat Tuan Uneh yang hebat orangnya. Hebat kerana dia tanpa jemu
bercerita mengenai produknya dan kaedah mewarna yang betul kepada murid-murid
sekolah ke ceruk rantau. Saya pula mengambil peluang yang diberikan untuk
mempromosi produk buku-buku sendiri, bersama ‘bouncer’ Tuan Amir dan Tuan Alif Ilyas.
Setelah
tidur barang sejenak seusai Zohor (sejenak konon!), kami bertolak ke Putrajaya,
menuju ke Presint 3. Sekali lagi kami menerima ujian Allah. Mahu ke Presint 3
banyak pula jalan yang ditutup. Lantaran itu, ketibaan kami ke Ekspo Buku Islam
Putrajaya sedikit terlewat, ditambah dengan hujan lebat. Wah! 7 November adalah
hari yang emosi penat, terutama Tuan Alif yang memandu kereta bagaikan mahu
balik ke Jerantut, Pahang.
Di Dewan Cempaka Sari,Perbadanan Putrajaya, kami raikan
majlis Cikgu Wan Zayu, Puan dan Cikgu Sidqi. Hujan masih renyai-rentai
kadangkala lebat. Saya menunjau gerai-gerai jualan buku termasuk gerai Must
Read. Seterusnya menemui sahabat Tuan Assakhof untuk mengambil dua buah novel
yang dibelinya.
Walaupun mungkin kau orang melihat ini biasa-biasa sahaja. Tapi bagi
saya ia bermanfaat, justeru kami mengembara meraikan dunia keilmuan dalam
sesat barat dan hujan. Alhamdulillah, ia berbaloi.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment