Setiap
orang yang berjaya mempunyai penasihat atau mentor yang membimbing, menasihati
dan mendorongnya mencapai kejayaan.
Nabi
Muhammad SAW dibimbing, didorong dan dipimpin oleh Tuhan melalui malaikat
Jibrail. Manakala Nabi Muhammad SAW pula menjadi mentor kepada para Sahabat Baginda.
Ternyata bimbingan Nabi Muhammad SAW terhadap Sahabat generasi awal yang rapat dengan Baginda membuahkan hasil yang baik apabila Islam berkembang maju di Semenanjung Tanah Arab semasa pemerintahan para Sahabat. Kuasa besar dunia pada ketika itu Rom dan Parsi berjaya dikalahkan oleh umat Islam di bawah kepimpinan khalifah awal.
Ternyata bimbingan Nabi Muhammad SAW terhadap Sahabat generasi awal yang rapat dengan Baginda membuahkan hasil yang baik apabila Islam berkembang maju di Semenanjung Tanah Arab semasa pemerintahan para Sahabat. Kuasa besar dunia pada ketika itu Rom dan Parsi berjaya dikalahkan oleh umat Islam di bawah kepimpinan khalifah awal.
Khalifah
Umar bin Abdul Aziz mempunyai mentor terkenal iaitu seorang ulama yang bernama
Sheikh Abdul-Aziz bin Hamiduddin Naagauri.
Sultan
Muhammad Al-Fateh, sultan terkenal dari pemerintahan khalifah Utsmaniah Turki
yang membebaskan kota Konstantinopel dari Rom Timur mempunyai mentor dan pembimbing
utama bernama Sheikh Shamsudin Al-Wali. Sheikh Shamsudin Al-Wali adalah seorang
alim bijaksana telah banyak membantu Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membuat
keputusan strategik dalam pentadbiran beliau.
Semasa
kita masih menuntut di sekolah, para guru menjadi pembimbing dan mentor.
Apabila kita sudah menamatkan pelajaran di sekolah dan meneruskan pelajaran di
kolej serta IPTA atau IPTS, maka pensyarah dan tutor pula yang menjadi mentor.
Apabila
kita berjaya menamatkan pelajaran di kolej, IPTA atau IPTS, siapakah pula yang
boleh kita ‘lantik’ menjadi mentor? Kita masih membina hubungan berterusan
dengan para guru, pensyarah atau tutor, namun semakin ramai mentor dan
pembimbing serta pendorong yang kita ‘lantik’ maka semakin baik bagi kita untuk
mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar serta dorongan.
Apa
yang jelas, para mentor kita ini menjadi lampu yang menerangi dan memberikan
pencerahan bagi menerangi jalan, dan laluan kerjaya dan kehidupan kita. Kalau
menuntun kita ke jalan yang lebih gelap, itu bukan mentor ... tetapi kotor!
Setelah
melangkah ke alam pekerjaan atau alam bisnes, kita memerlukan mentor-mentor
yang mendorong dan membimbing kita dalam bidang yang kita ceburi itu. Semakin
ramai mentor kita, semakin banyak sumber rujukan dan semakin kuat sokongan
kepakaran, nasihat dan dorongan. Hasilnya, semakin meningkat pula peluang kita
untuk mencapai kejayaan.
Dalam
bab berikutnya kita akan membincangkan sumber inspirasi dan maklumat, malah
sumber kekuatan yang mempengaruhi kejayaan seseorang pekerja dan usahawan.
** Petikan dari e-buku PERCUMA berjudul D.R.U.G - Derap Realisme Ujana Gemersik. Sudikan untuk muat turun (download) dari pautan-pautan berikut:
E-Book
percuma, 369 muka surat. PERCUMA!
Catatan
pinggir
meluah
aura
agar
tak binasa
dalam
rasa
ingin
berhamba pada-Nya.
Untuk
kawan-kawan, tak mau jadi lawan. Mengharap setiakawan bukan mencari lawan.
Pautan
1: Tinta Ibrah.
Pautan 2: Bagi yang ada
akaun Goodreads.
Pautan 3: Dari Scribd.
Pautan 4: Dari Google Drive.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment