Atuknya
memberikan banyak relik dari Mesopotamia itu yang tersimpan rapi di ruang bawah
tanah di sebalik Aron HaKodesh di Washington DC. Maka bermulalah kajiannya,
sangat tekun tanpa jeda di sebuah makmal bawah tanah di gurun Nevada, Amerika
Syarikat.
Majoriti
virus konvensional dikodkan dalam RNA (ribonucleic
acid) dan bereplikasi di dalam sitoplasma sel-sel perumah. Tetapi
sesetengah virus, seperti wabak Lilith, dikodkan dalam DNA, yang dapat
menerobos jauh ke dalam teras nukleus sel-sel perumah. Proses replikasi akan
terjadi hanya ketika viral DNA berjaya mengikat dirinya kepada jujukan gen
sepadan yang dijumpai dalam kromosom Y manusia lelaki. Jujukan gen wabak Lilith
adalah spesifik kepada keturunan bangsa Arab. Justeru sekiranya penanda gen
kromosom Y tidak ada, maka virus itu akan kekal tidak aktif. Maka orang perempuan
atau lelaki bukan-Arab boleh membawa virus itu, tapi tiada simptom yang
membunuh.
Tugas
Aharon ialah mencipta senjata virus membunuh dengan mengaplikasi semua taracara
virologi dan bioteknologi mutakhir. Apa yang dapat diperoleh dari kajian
tulang-tulang dan gigi Mesopotamia ialah kromosom Y keturunan Arab di Timur
Tengah sekarang ini. Wabak Lilith untuk membunuh semua orang lelaki Arab,
dengan biaya sebesar manapun akan diberikan oleh Brotherhood.
Lebih
terkedepan ialah tugas Aharon menyatukan atau mencari kaedah agar DNA Lucifer
dapat digabung dengan jujukan gen wabak Lilith. Hasilnya senjata lebih dahsyat!
Itu impian Lucifer dan hamba-hambanya di dunia bangsa manusia. Tugas-tugas ini
sudah dimulai semenjak menerima arahan dari Baron James sejak lebih 70 tahun
yang lalu, setelah dipersetujui dengan meterai darah dan nyawa oleh Majlis
Druid Agung.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
0 comments:
Post a Comment