Janji neraka itu menghambat jiwanya! Kelihatan
takhta, mahkota dan pakaian. Juga tali! Semuanya diciptakan dari api yang maha
panas.
Suatu suara memberi arahan, “Wahai Iblis! Naiklah kamu ke
atas takhta yang kau banggakan itu dan berbicaralah kamu kepada penghuni
neraka!” Dia tidak dapat menolak, kerana itu janji dari Tuhannya yang dia akui.
Sebaik menaiki takhta itu, Lucifer berkata, “Wahai
penghuni neraka. Wahai orang-orang yang kufur. Wahai orang-orang munafik.
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala telah menjanjikan kepadamu dengan janji
yang benar, bahawa kamu semua mati lalu akan dihimpun dan dihisab menjadi dua
kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”
Semua penghuni neraka memandang Lucifer dengan marah.
“Wahai orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Kalian
semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggalkan dunia, bahkan kamu semua
menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan ke atas
kalian melainkan aku hanya mengganggu kalian.
“Akhirnya kalian semua mengikuti aku, maka dosa itu untuk
kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah
diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat
daripada aku sendiri.
“Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah Subhanahu Wa
Taala, sedangkan Dia yang menciptakan segala sesuatunya? Hari ini aku tidak
dapat menyelamatkan kamu semua dari janji siksaan Allah, dan kamu juga tidak
akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas
dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan
ditolak dari redha Allah.”
Setelah ahli neraka mendengar kata-kata Lucifer itu, lalu
mereka melaknatnya sungguh-sungguh. Namun sudah tidak berguna walau sedikit
pun. Setelah itu Lucifer dipukul oleh malaikat Zabaniah dengan tombak yang
terbuat dari api, dan jatuhlah dia ke dasar neraka yang paling bawah. Dia kekal
selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang – manusia dan jin - yang menjadi
pengikutnya.
Malaikat Zabaniah lalu berkata kepada Lucifer dan
pengikutnya, “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu
kesenangan. Kamu kekal di dalam neraka untuk selama-lamanya.”
BACA LAGI >>
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Fakta atau Auta: Bolehkah anda Mendapat terlalu banyak Vitamin D dari Sinar
Matahari?
-
Oleh: Connie Johnny¹, Dr. Nor Aini binti Jamil² ¹Pelajar Sarjana Pemakanan
Klinikal, Universiti Kebangsaan Malaysia ²Pensyarah kanan, Program Dietetik
da...
0 comments:
Post a Comment