Bala tentera ghaibnya...

Sepanjang sejarah, keinginan negara-negara kuat untuk menguasai dan memerintah ke atas banyak wilayah lemah adalah usaha darinya. Keinginan yang dipacu nafsu itu untuk meningkatkan kekayaan dan harta benda mereka, maka ia menimbulkan hasrat penjajahan. Oleh itu, kuasa-kuasa penjajah menguasai tenaga kerja, sumber asli dan pasaran tanah-tanah yang dijarah.

Bala tentera ghaibnya menjadi pemandu arah matlamat mereka. Bahawa bagi mempastikan hasrat ‘baik’ itu diselubung hijab hitam dan sistem eksploitasi tidak diganggu gugat, maka penjajah tetap memberikan ruang budaya, sosial dan agama terikat secara setempat. Namun dengan syarat, ia dipantau oleh wakil-wakil atau gabenor yang dilantik.

“Bersyarat alam aku sentiasa menang ke atas mereka. Hidung dicucuk bagaikan sekawan lembu!”

Semasa zaman penjajahan yang pertama bermula pada abad ke-16, negara-negara seperti Perancis, England, dan Belanda membina kuasa penjajah di pelbagai negara Afrika, Asia dan Pasifik melalui cara ketenteraan. Selepas itu, mereka membawa masuk pentadbir sendiri dan institusi mereka ke negara-negara itu untuk membina sistem baharu. Dengan itu memastikan warga tempatan akan bekerja untuk kepentingan mereka.


** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.

0 comments:

LUSIANA CATERING: HALAL food and catering services.

Komentar dari pembaca di Goodreads | This is one good book. I’ve read one by this author before,Perang Armagedon, which...

Posted by Web Sutera on Friday, 4 March 2016

Copyright © 2013 - WebSutera.com - is proudly powered by Blogger